window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun...

Khairil · Jun 24, 2021 02:30 PM

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 01

Jika anda peminat filem fiksyen Star Wars, motosikal skuter Yamaha NMax ABS ini pasti membuatkan tidak senang duduk. Begitupun, untuk mendapatkan motosikal di Malaysia mungkin amat sukar kerana ia hanya dijual di pasaran Brazil.

Juga baca: Yamaha NMAX 155 (2021) dapat warna baharu, tapi masih belum spesifikasi penuh!

Sebagai model istimewa, dua versi diperkenalkan oleh Yamaha Brazil mengikut watak antagonis dan protagonis dalam filem berkenaan iaitu 'Rebel Alliance' atau 'Galactic Empire'.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 01

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 02

Menggunakan putih sebagai warna utama, liveri 'Rebel Alliance' diinspirasi daripada pesawat X-Wing yang digunakan oleh watak utama, Luke Skywalker dalam filem berkenaan.

Juga baca: Yamaha NMax 155 Connected 2021 kini di Thailand, teknologi terkini Y-Connect siap Kawalan Cengkaman!

Bagi penggemar watak antagonis pula, 'Galactic Empire' mungkin sesuai untuk anda.

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 03

Berpandukan kepada corak liveri kedua-dua motosikal ini, ia sememangnya tampil menarik dan unik.

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 04

Dan untuk meningkatkan tahap ekslusif motosikal ini, hanya 680 unit motosikal ini dibina masing-masing 340 unit untuk 'Rebel Alliance' dan 340 unit untuk versi 'Galactic Empire'.

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 05

Mengikut laporan, kesemua 680 unit yang dibina sudah pun habis ditempah.

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 06

Dari sudut spesifikasi, Yamaha NMAX 160 Star Wars ini menggunakan trenkuasa dan spesifikasi yang sama dengan versi tertinggi Yamaha NMax 155 ABS yang dijual di pasaran negara jiran, Indonesia dan Thailand.

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 07

Ia menggunakan enjin bersasaran 155 cc yang menghasilkan 15 Hp dan tork 14 Nm, brek cakera depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan sebagainya.

Juga baca: Yamaha NMax 125 kekal 'status' skuter rasmi MotoGP

Harganya pula, ia dijual pada angka R$ 11,243 (RM 11,243).

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 08

Fanatik Star Wars, Yamaha NMax ABS ini sesuai untuk anda namun... 09

Di Malaysia, peminat masih menunggu varian tertinggi Yamaha NMax 155 ABS dengan varian yang dibawa masuk Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada Mac lalu adalah varian standard, tanpa ABS, Y-Connect dan sebagainya pada harga RM 8,998.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda