window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden!

Khairil ยท Jul 15, 2021 09:00 AM

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 01

Segmen motosikal elektrik sememangnya mengalami perkembangan pesat ketika ini dengan pelbagai pengeluar, termasuk gergasi seperti BMW, Yamaha, Honda cuba menghasilkan jentera 'e' terbaik masing-masing.

Juga baca: BMW Motorrad lancar skuter elektrik CE04, rekaan futuristik, kuasa 42 Hp!

Selaras dengan kesedaran terhadap teknologi hijau, antara tujuan syarikat ini berlumba-lumba untuk menghasilkan motosikal elektrik adalah untuk menginovasi rangkaian produk mereka agar bersedia untuk penggunaan massa kenderaan elektrik di masa depan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 01

Salah satu 'pemain' terbaharu dalam segmen ini adalah syarikat dari China, Felo. Seperti namanya yang unik, ia mengeluarkan skuter elektrik atau e-skuter yang diberi nama agak ringkas iaitu Felo FW06.

Tampil dengan reka bentuk mirip skuter elektrik jenama popular Taiwan, Kymco iaitu F9 yang dilancarkan tahun lalu, tetapi FW06 bukanlah hasil 'ciplak'.

Juga baca: Energica tiba di Singapura dengan 3 model, harganya 'wow'!

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 02

Graffiti Version

Namun, ia adalah hasil kerjasama pembangunan bersama syarikat berkenaan dan untuk dijual di pasaran China.

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 03

Fluorescent Green

Dari sudut trenkuasa, FW06 menggunakan motor elektrik 10 kW, yang bersamaan 13.4 Hp yang secara asasnya seperti skuter bersesaran 125 cc namun dengan tork lebih berkuasa.

Juga baca: Inikah 'Sportbike' elekrik pertama Benelli? Guna platform QJ Motor!

Pek bateri yang digunakan adalah lithium-ion dengan tempoh cas diantara 4 ke 6 jam.

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 04

Seperti Kymco F9, ia mempunyai transmisi dua kelajuan. Ia membenarkan penunggang untuk memilih dua mod tunggangan. Untuk gear rendah, ia sesuai untuk tunggangan dalam bandar manakala gear lebih tinggi adalah untuk tunggangan lebih santai terutama ketika jalan tidak sesak.

Juga baca: 31 % penunggang 'gantung helmet' jika enjin motosikal diganti elektrik dari petrol!

Mod tunggangan ini juga akan mengoptimakan penggunaan bateri selain meningkatkan jangka hayat motor elektrik berkenaan.

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 05

Untuk Felo FW06, dua varian diperkenalkan iaitu GL dan DX. Perbezaan diantara kedua-duanya adalah kapasiti bateri dan jarak tunggangan maksimum.

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 06

FW06 GL dipadankan dengan bateri 80 Ah dengan jarak maksimum 110 km manakala varian DX menggunakan bateri 88 Ah dengan jarak 140 km. Menarik dan mungkin mengagumkan, kuasa pecutan skuter ini jarak dari 0 ke 50 km/j hanya dalam tiga saat.

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 07

Ciri-ciri lain:

  • Brek hidraulik cakera depan dan belakang bersama Sistem Brek Anti Kunci (ABS) satu saluran.
  • Suspensi fork telescopik dan unit monoshock (belakang)
  • Set roda 110/80-14 (depan) dan 140/70-14 (belakang)
  • Penel meter LCD bersama sambungan telefon menerusi aplikasi.
  • Sistem kunci pintar dan lampu LED sepenuhnya.

Felo FW06, skuter elektrik 'jelmaan' Kymco F9 yang berteknologi, rekaan sporty moden! 08

Felo FW06 GL dijual pada harga RMB¥ 26,800 (RM 17,370) manakala Felo FW06 DX RMB¥ 28,800 (RM 18,667) bersama dua pilihan warna, Fluorescent Green dan Graffiti Version. Untuk persoalan penting sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia, kami pun tiada jawapan yang konkrit.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda