window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ganas tapi mungkin berkesan! Boleh ke tindakan ini dibuat di Malaysia?

Khairil · Jan 8, 2021 10:00 AM

Ganas tapi mungkin berkesan! Boleh ke tindakan ini dibuat di Malaysia? 01

Sebelum ini, kami pernah melaporkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menegaskan akan melakukan operasi besar-besaran terhadap pemilik motosikal yang mempunyai bunyi terlalu bising.

Tetapi, sebelum artikel ini dibaca, mungkin ada wajarnya rakaman video ini ditonton terlebih dahulu.

Menerusi rakaman video yang dipaparkan oleh pengguna Facebook, Patvinderjit Singh di laman sosialnya, ia menunjukkan pihak berkuasa melakukan tindakan keras kepada pesalah jalanraya ketika satu operasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di awal video berkenaan, dapat dilihat seorang penguatkuasa berpakaian preman (biasa) melakukan terjahan keras kepada seorang penunggang motosikal diikuti hayunan kayu atau rotan oleh seorang pegawai berseragam.

Kemudian ia beralih kepada rakaman di mana seorang penguatkuasa yang berpakaian seragam menekan kepala seseorang (mungkin pesalah trafik) ke bahagian belakang ekzos sambil memulas pendikit minyak.

Ganas tapi mungkin berkesan! Boleh ke tindakan ini dibuat di Malaysia? 01

Dalam paparan berkenaan, Patvinderjit turut menulis kapsyen dan meletakkan tanda pagar kepada pihak berkuasa: "#PDRM most of us rakyat will agree with this punishment in Malaysia." ("#PDRM ramai di kalangan kami sebagai rakyat bersetuju dengan hukuman seperti ini di Malaysia.")

Tidak diketahui siapakah pemilik asal, lokasi atau tarikh video ini dirakam namun ia pastinya bukan berlaku di Malaysia berdasarkan kepada keadaan jalan dan nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit.

Ganas tapi mungkin berkesan! Boleh ke tindakan ini dibuat di Malaysia? 02

Ada yang melihat video ini sebagai lucu dan ada juga beranggapan ia satu tindakan wajar untuk memberikan pengajaran kepada pelakunya namun ada yang menyifatkannya sebagai kejam.

Bagi mat-mat motor di negara ini, terutama yang pernah terbabit dengan kegiatan lumba haram, tindakan pihak berkuasa ketika operasi di negara ini pasti bukannya 'manja'.

Sebelum ini, pernah tular rakaman video yang menunjukkan seorang pegawai polis trafik melakukan tendangan ala kung fu ke atas seorang penunggang yang melakukan kesalahan lalu lintas di Sibu, Sarawak dan tindakan itu mendapat pelbagai reaksi.

Ada pihak yang memuji tindakan berkenaan namun ada juga yang seperti tidak merelakan perbuatan seperti itu menjadi norma di Malaysia.

Ganas tapi mungkin berkesan! Boleh ke tindakan ini dibuat di Malaysia? 03

Sumber imej: Berita Harian

Begitupun, pihak PDRM pastinya mempunyai SOP mereka tersendiri dan apa yang dilakukan seperti dalam video berkenaan berkemungkinan besar tidak akan terjadi.

Tetapi video itu tetap menimbulkan tanya tanya kepada ramai pihak sama ada tindakan seperti itu patut dibuat kepada pesalahnya atau tidak. Apa pandangan anda?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda