window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Geely bakal bertapak semula di Indonesia; impian projek kereta EV nasional Presiden Joko Widodo akan menjadi kenyataan?

Zamil Syaheer ยท Mar 19, 2024 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Geely bakal bertapak semula di Indonesia; impian projek kereta EV nasional Presiden Joko Widodo akan menjadi kenyataan? 01

Tengok lah model yang dijual oleh Geely di Indonesia suatu ketika dahulu. Patut lah jualan suam-suam kuku.

Enam tahun kemudian, nampaknya syarikat tersebut ingin bermula semula, mungkin untuk memulakan projek kenderaan elektrik bateri (BEV) kebangsaan yang dicadangkan oleh kerajaan tahun lalu.

Pada September 2023, seorang menteri mengumumkan bahawa Geely bersetuju untuk membuat kereta di Indonesia, "sebagai jenama Indonesia" dengan penyelidikan dan pembangunan secara tempatan. Presiden Joko Widodo juga didakwa bersetuju dengan cadangan itu dengan syarat penyelidikan dipimpin oleh orang Indonesia.

Geely bakal bertapak semula di Indonesia; impian projek kereta EV nasional Presiden Joko Widodo akan menjadi kenyataan? 02

Geely Geometry - dia macam Proton X50 versi EV

Menurut menteri tersebut, Geely bersetuju untuk bekerjasama dengan negara kepulauan itu untuk membangunkan projek EV nasionalnya yang akan dilancarkan pada tahun 2025 atau 2026.

Sebagai ganti, Indonesia akan membekalkan bijih nikel untuk menghasilkan bateri EV bagi pengeluar kereta China yang juga memiliki Volvo dan Smart.

Geely bakal bertapak semula di Indonesia; impian projek kereta EV nasional Presiden Joko Widodo akan menjadi kenyataan? 03

Namun, masih tiada kata rasmi dari Geely berkenaan dengan perkembangan terkini ini walaupun langkah mereka di negara-negara lain di rantau itu tidak menolak pengembangan ke pasaran Indonesia.

Baru-baru ini, Zeekr, jenama BEV mewah di bawah Geely telah mengesahkan bahawa mereka akan memulakan jualan di Thailand, Laos, Myanmar, Singapura, dan Filipina secara berperingkat sepanjang tahun 2024.

Baca juga: Zeekr dari Geely akan mula jual di Thailand menjelang Jun 2024, SUV X dan MPV 009 mungkin model terawal

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia