window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Geng basikal' buat hal lagi, kali ni 'bersaing' dengan lori tanah atas lebuhraya!

Khairil · Oct 15, 2021 02:00 PM

'Geng basikal' buat hal lagi, kali ni 'bersaing' dengan lori tanah atas lebuhraya! 01

Seperti tak sayang nyawa. Itu yang boleh diibaratkan terhadap tindakan segelintir 'pencinta' aktiviti berbasikal dengan terbaharu, kelibat mereka berkayuh dan 'bersaing' dengan sebuah lori tanah tular, semalam.

Lebih mengerikan, tindakan ala aksi berani mati itu dibuat di lebuhraya yang sesak dan penuh dengan kenderaan.

Juga baca: Hobi berbasikal tak kena pada tempatnya, kereta pula yang kena usaha untuk elak?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

'Geng basikal' buat hal lagi, kali ni 'bersaing' dengan lori tanah atas lebuhraya! 01

Dikongsikan pengguna Twitter @Radevengers, video pendek berurasi 9 saat itu memaparkan dua penunggang basikal mengekori dengan rapat sebuah lori manakala seorang lagi rakannya sudah berada bersebelahan lori besar berkenaan.

Tidak dapat dipastikan dimana lokasi atau tarikh kejadian itu berlaku namun tindakan tiga penunggang basikal berkenaan sememangnya mengundang kecaman netizen dan rasa ngeri dengan Tweet berkenaan setakat ini sudah mendapat 4,564 'Retweets' dan 1,727 komen.

"Apa hal la bengap sangat basikal ni. Aku yg bwk motor pun kalau blh nak jauh2 dari lori macam ni. Dulu arwah kawan meninggal  kena sapu dengan lori mcm ni sebab tayar meletup. Time tu motor dia memang sblh lori," kata seorang netizen.

'Geng basikal' buat hal lagi, kali ni 'bersaing' dengan lori tanah atas lebuhraya! 02

Seorang lagi netizen memberi cadangan seperti ini. "@JPJ_Malaysia
 boleh start buat roadtax dgn no plate utk basikal laa pulak. Sebab sama2 guna jalan kan so kena laa bayar cukai. Pastu boleh @PDRMsia saman sbb the bicycle can be accountable for."

Tidak dapat dipastikan mengapa ketiga-tiga penunggang basikal itu tidak berada di lorong sebelah kiri yang kelihatan lebih selamat untuk mengayuh.

Juga baca: Langgar lari basikal: Pemilik Axia pinjamkan kereta pada rakan, lapor tak terlibat

Namun menurut sains, antara tujuan penunggang basikal melakukan tindakan 'cucuk angin' atau berada di belakang kenderaan besar adalah untuk mengurangkan seretan dan tolakan angin yang datang dari arah hadapan sekaligus mengurangkan penggunaan tenaga. 

Begitupun apapun alasannya, tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga individu berkenaan jelas tidak sepatutnya dilakukan kerana ia dibuat di tempat yang salah dan berpotensi meragut nyawa dan menyusahkan orang lain.

'Geng basikal' buat hal lagi, kali ni 'bersaing' dengan lori tanah atas lebuhraya! 03

Seperti sedia maklum, tindakan seperti ini sememangnya bukan sesuatu yang baharu kerana ia pernah banyak kali terjadi dan turut tular dengan pihak berkuasa sudah pun beberapa kali memberikan amaran.

Justeru, ramai mengharapkan sesuatu yang lebih konkrit dapat diambil oleh pihak berkuasa atau mencari jalan penyelesaian terbaik terhadap isu ini.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda