Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan?

Khairil · Dec 2, 2020 04:00 PM

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 01

Sumber Imej: popularmechanics

Sukan pemotoran jelas adalah antara cabang sukan yang popular di negara ini.

Apa tidaknya, penganjuran perlumbaan seperti Cub Prix, Drag Race di seluruh negara sentiasa mendapat sambutan yang hangat dan ia dapat dilihat menerusi jumlah kehadiran penonton.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 02

Sumber Imej: Alan Speed Master Racing

Seperti sukan lain, fasiliti atau kemudahan yang lengkap dan sesuai adalah perkara yang penting dan bagi sukan permotoran, salah satunya ialah litar lumba atau trek yang kekal atau separa kekal.

Dengan kemudahan yang kita miliki ketika ini seperti Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selain penganjuran perlumbaan tempatan yang baik dan sistematik, Malaysia sudah mempunyai juara di pentas Asia.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 01

Sumber Imej: Roadracing World

Di pentas dunia pula, Malaysia pada musim ini mempunyai tiga wakil iaitu Hafizh Syahrin Abdullah, Kasma Daniel Kasmayudin (Moto2) dan SuperKip atau Khairul Idham Pawi (Moto3).

Begitupun, ketiga-tiganya berasal dari semenanjung.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 02

Justeru, adakah timbul keperluan mendesak untuk pembinaan litar atau trek lumba kekal di Borneo terutama Sarawak.

Memetik laporan sebuah portal berita di Sarawak, hari ini, ada permohonan sudah dibuat bagi menjadikan kawasan yang sesuai di Kuala Baram, Miri sebagai trek lumba kepada pihak yang berkuasa.

Jika ia berjaya dilaksanakan, ia dikatakan mampu membentuk program yang bermanfaat dalam mendidik anak muda agar tidak terbabit dalam perlumbaan haram yang boleh membahayakan diri serta pengguna jalan raya selain membuang masa.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 03

Sumber Imej: Aiya84

Menurut laporan itu juga, kawasan berkenaan cukup lengang dan jarang digunakan jadi ia bukanlah satu masalah besar untuk direalisasikan.

Begitupun, adakah cadangan atau gesaan itu sesuai ketika negara sedang dilanda wabak Covid-19 ketika ini.

Apa yang pasti, kemudahan seperti trek lumba kekal bukan saja dilihat sebagai asas kepada pelumba untuk mengasah bakat mereka, namun turut penting terutama bagi mendapatkan venue yang lebih selamat dan praktikal untuk bersaing.

Memetik laporan berita sebelum ini, antara orang kuat sukan permotoran negara, Ron Hogg yang juga ketua promoter Kejuaraan Perlumbaan Cub Prix Malaysia PETRONAS berkata, beliau percaya dengan pembinaan beberapa litar berstatus kekal, ia boleh membantu melahirkan lebih ramai jagoan negara.

Itu adalah formula yang diterapkan negara kuasa besar sukan permotoran dunia seperti Sepanyol, Itali, Britain dan beberapa negara lain dan ia terbukti berjaya.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 04

Sumber Imej: motorcyclenews

Ikon sukan permotoran dua roda negara, Hafizh Syahrin juga mempunyai pandangan sama.

Katanya, kemudahan yang ada di Malaysia ini agak kurang contohnya seperti trek kekal yang dilihat mampu menjadi daya tarikan buat anak muda bergiat dalam arena berkenaan dengan cara yang lebih selamat.

Dan pandangan itu jelas turut terpakai di Sarawak.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 05

Sumber Imej: The Star

Apa yang pasti, perbelanjaan untuk membina litar kekal mungkin menelan belanja agak tinggi namun ia boleh menjadi satu pelaburan yang berbaloi jika ia digunakan dengan sebaiknya.

Selain itu, pembinaan litar lumba tempatan turut diyakini dapat memacu pembangunan sukan permotoran.

Gesa bina trek lumba di Sarawak ketika wabak Covid-19, adakah ia keperluan? 06

Ia pastinya turut menyumbang kepada pembangunan industri sukan pelancongan serta rekreasi sekali gus membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada usahawan kecil dan sederhana.

Malah, tempiasnya turut akan dirasai terutama kepada yang terbabit dalam bidang berkaitan automotif seperti perkhidmatan bengkel dan perniagaan alat ganti kenderaan.

Justeru, jika kita berimpian untuk memiliki bukan sekadar jaguh di pentas dunia, sediakan kemudahan yang sebaiknya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru