window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia!

Khairil Β· Oct 23, 2022 05:00 PM

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia! 01

Ducati membuktikan jentera yang dimiliki mereka memang 'padu' selepas pendahulu kejuaraan dunia MotoGP, Francesco Bagnaia dari pasukan utama, Lenovo Ducati memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia 2022, hari ini. 

Begitupun, kemenangan itu belum cukup untuk Bagnaia mengesahkan taktha kejuaraan dunia dengan pemburuannya bersambung di pusingan terakhir di Valencia, Sepanyol, bulan depan.

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia! 02

Francesco Bagnaia

Ia berikutan pencabar terdekatnya dari Yamaha, Fabio Quartararo turut menamatkan perlumbaan di kedudukan podium tetapi jurang diantara kedua-duanya makin jauh.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bakal rakan sepasukan Bagnaia di Lenovo Ducati musim depan, Enea Bastianini terus membuktikan kemampuannya apabila menamatkan perlumbaan di tangga kedua, malah berpeluang untuk memenangi perlumbaan pada beberapa ketika.

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia! 01

Enea Bastianini

Seperti dijangka, persaingan di Sepang sememangnya sengit dan sukar dijangka yang menyaksikan Jorge Martin dari Pramac Ducati, pelumba yang memulakan perlumbaan di petak utama mengalami kemalangan.

Lebih malang, Martin yang sebelum ini menegaskan akan mengabaikan segala 'team order' mengalami kemalangan ketika sedang memimpin perlumbaan.

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia! 02

Jorge Martin

Sebagai info, Martin adalah pemegang rekod terpantas di litar Sepang dalam kategori MotoGP, rekod yang dicatatnya ketika sesi kelayakan semalam.

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia! 03

Fabio Quartararo

Untuk Bagnaia dan Quartararo, keputusan di Sepang turut boleh dianggap menakjubkan selepas kedua-duanya memulakan perlumbaan di kelompok belakang dengan Bagnaia (P9) dan Quartararo (P12).

Ducati dalam pada itu turut ceria apabila mengesahkan kejuaraan dunia kategori pasukan di Sepang.

GP Malaysia 2022: Ducati, 'Pecco' Bagnaia mengganas Sepang, tapi perseteruan dengan Yamaha sambung di Valencia! 04

Tidak seperti ramalan cuaca, keadaan di litar Sepang kekal mendung namun tiada hujan yang turut sepanjang perlumbaan.

Selepas GP Malaysia, Bagnaia mengumpul keseluruhan 258 mata diikuti Quartararo 235 mata namun segala-galanya tampak berpihak kepada Bagnaia dan Ducati berikutan kelebihan 23 mata yang dimiliki mereka.

Keputusan MotoGP GP Malaysia 2022

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo Tea, Ducati, 40 minit 14.3320 saat
  2. Enea Bastianini (ITA) Gresini Racing MotoGP, Ducati, +0.270s
  3. Fabio Quartararo (FRA) Monster Energy Yamaha MotoGP, Yamaha, +2.773s
  4. Marco Bezzecchi (ITA) Mooney VR46 Racing Team, Ducati, +5.446s
  5. Alex Rins (ESP) Team SUZUKI ECSTAR, Suzuki, +11.923s
  6. Jack Miller (AUS) Ducati Lenovo Team, Ducati, +13.472s
  7. Marc Marquez (ESP) Repsol Honda Team, Honda, +14.304s
  8. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing, KTM, +16.805s
  9. Johann Zarco (FRA) Prima Pramac Racing, Ducati, +18.358s
  10. Aleix Espargaro (ESP) Aprilia Racing, Aprilia, +21.591s
  11. Franco Morbidelli (ITA) Monster Energy Yamaha MotoGP, Yamaha, +23.235s
  12. Cal Crutchlow (GRB) WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Yamaha, +24.641s
  13. Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM Factory Racing, KTM, +24.918s
  14. Pol Espargaro (ESP) Repsol Honda Team, Honda, +25.586s
  15. Raul Fernandez (ESP) Tech3 KTM Factory Racing, KTM, +27.039s
  16. Maverick Vinales (ESP) Aprilia Racing, Aprilia, +30.427s
  17. Alex Marquez (ESP) LCR Honda CASTROL, Honda, +33.322s
  18. Remy Gardner (AUS) Tech3 KTM Factory Racing, +33.691s
  19. Joan Mir (ESP) Team SUZUKI ECSTAR, Suzuki, +41.838s

Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Racing MotoGP, Ducati, DNF
Darryn Binder (RSA) WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Yamaha, DNF
Jorge Martin (ESP) Prima Pramac Racing, Ducati, DNF
Tetsuta Nagashima (JPM) LCR Honda IDEMITSU, Honda, DNF
Luca Marini (ITA) Mooney VR46 Racing Team, Ducati, DNF

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda