window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul?

Haris ยท May 18, 2022 03:00 PM

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul? 01

Yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti. Jika Indonesia menjadi tumpuan kepada pengeluar kereta daripada Korea Selatan yang semakin progresif ke arah elektrifikasi, Malaysia nampaknya menerima pelaburan daripada 'big brother' China.

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul? 02

ORA Good Cat yang ditunggu-tunggu

Jenama yang mengambil nama mercu tanda negara Tembok Besar itu, Great Wall Motors kini dilaporkan sedang melakukan pengambilan pekerja secara besar-besaran untuk menghidupkan jenama Haval dan mungkin, melancarkan jenama baharu ORA di Malaysia.

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul? 03

Tangkap layar senarai pekerjaan

Kemunculan semula mereka ke dalam pasaran ASEAN termasuk Malaysia menjelaskan beberapa penampakan kelibat model baharu seperti Haval H6, Haval Jolion, GWM Pao, Ora Good Cat, dan Ora Black Cat pada sekitar hujung tahun lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: GWM akan memasuki Malaysia dengan Haval H6 & Jolion, tahun 2022 lebih banyak jenama China!

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul? 01

Haval H6 dengan kit badan di Thailand

Tawaran produk GWM kali ini kelihatan mantap dan menggiurkan – buktinya jelas di pasaran Thailand yang menggemari model SUV seperti Haval H6 yang merupakan SUV segmen C terlaris di sana dengan mengatasi jualan Honda CR-V hampir dua kali ganda setakat ini pada tahun 2022. 

Baca: Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini?

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul? 02

Unik pada Haval Jolion

Selaras dengan kebangkitan semula jenama China, halaman JobStreet GWM pada masa ini mempunyai 8 pekerjaan untuk dipohon dalam hampir semua bidang syarikat, termasuk kewangan, pengurusan projek, serta jualan & pemasaran, masing-masing menjanjikan 'pakej imbuhan yang sangat kompetitif dan rangkaian faedah yang komprehensif '.

Great Wall Motor buka peluang pekerjaan di Malaysia, kebangkitan Haval dan pelancaran ORA menyusul? 03

Kami melihat Haval Jolion secara dekat setahun yang lalu

Adalah satu prospek yang menarik untuk melihat jenama kereta China kembali bersaing di Malaysia (sesuai untuk mereka yang mencari sesuatu yang lain daripada Honda atau Toyota). Selain GWM, Chery juga sedang mengatur strategi untuk menembusi pasaran Malaysia apatah lagi dengan pengumuman model paling terkini turut disahkan untuk Malaysia - Chery Omoda 5.

Baca: Chery akan kembali ke Malaysia pada S3 2022, teknologi Land Rover, saing Proton X50/X70

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda