window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga COE naik lagi; kereta besar Kategori B kini dah RM 360k, tahun ini saja 2 kali rekod tertinggi!

Haris · Sep 8, 2022 02:00 PM

Harga COE naik lagi; kereta besar Kategori B kini dah RM 360k, tahun ini saja 2 kali rekod tertinggi! 01

Umum mengetahui bahawa kos untuk memiliki kenderaan di Singapura cukup tinggi. Terbaharu, rekod baharu terus dicipta apabila harga untuk mendapatkan COE atau Sijil Pemilikan Kenderaan bagi Kategori B telah mencapai angka S$ 113,000 (RM 361,926).

Ia adalah rekod bidaan terkini yang diumumkan dan tahun ini sahaja rekod bidaan tertinggi telah dipecahkan sebanyak 2 kalimenurut laporan Mediacorp.sg.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 17 Ogos pada harga S$ 112,001 (RM 358,726).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga COE naik lagi; kereta besar Kategori B kini dah RM 360k, tahun ini saja 2 kali rekod tertinggi! 01

Dalam masa yang sama, premium COE untuk kategori lain juga didapati berada pada paras yang tinggi.

Contohnya untuk Kategori A (kereta sehingga 1,600 cc & 130 PS), premiumnya ditutup pada S$86,000. Walaupun ini adalah penurunan berbanding sebelum ini tetapi masih didapati berada pada paras yang lebih mahal kerana ia belum melepasi had S$ 80k sehingga Julai lepas.

Kategori Terbuka telah memecahkan rekod dengan S$ 114,001 (RM 365,132) pada Julai lepas namun kini berada pada S$ 113,299 (RM 362,883). Masih tidak banyak beza.

Harga COE naik lagi; kereta besar Kategori B kini dah RM 360k, tahun ini saja 2 kali rekod tertinggi! 02

Foto: Vaune Phan

Malah untuk motosikal pula, premiumnya ditutup pada S$ 11,301 (RM 36,196). Berdasarkan trend ini, ia belum mencecah harga atas S$ 11k namun ini masih belum dapat disahkan.

Harga bagi sijil pemilikan di Singapura merupakan suatu mekanisme yang dilaksanakan kerajaan bagi mengurangkan pemilikan kenderaan di kalangan rakyatnya. Oleh sebab itu, rakyatnya terpaksa menggunakan kenderaan awam untuk bergerak lantas menjadikan infrastruktur tersebut lebih efisien.

Baca: Tak nak bayar cukai, inilah tempat golongan ‘kayangan’ Singapura sorok kereta mereka

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda