window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Harga minyak RON95, diesel mungkin turun untuk kurangkan kos sara hidup - MIDF Research

Mersita · Jul 25, 2023 06:30 PM

Harga minyak RON95, diesel mungkin turun untuk kurangkan kos sara hidup - MIDF Research 01

Kerajaan mungkin akan menurunkan harga runcit bahan api, terutamanya RON95 dan diesel, bagi mengurangkan kestabilan harga serta tekanan kos sara hidup rakyat Malaysia.

Menurut badan pengkaji MIDF Research, jika ia dilaksanakan, penurunan harga RON95 kepada RM 1.95 seliter (potongan sebanyak 10 sen) boleh mengurangkan kadar inflasi utama negara kepada 2.9 peratus bagi 2023. Pada masa sama, inflasi bagi barangan bukan makanan boleh menurun ke 1.3 peratus, manakala harga pengangkutan pula boleh mengalami penguncupan sehingga -1.7 peratus, jelas badan tersebut.

Harga minyak RON95, diesel mungkin turun untuk kurangkan kos sara hidup - MIDF Research 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika penurunan 10 sen bagi bahan api ini dilaksanakan bermula bulan hadapan, menjelang hujung tahun nanti kita boleh menyaksikan kadar inflasi utama bulanan menurun kepada +1.9 peratus tahun-ke-tahun (YoY). Ini juga bermaksud kerajaan akan mempunyai lebihan perbelanjaan fiskal sebanyak RM 4.31 bilion yang boleh dimanfaatkan untuk keperluan lain.

“Dengan mengambil kira inflasi makanan yang kian meningkat dan tekanan pendapatan yang menurun, kami mengjangkakan kerajaan akan memilih untuk menurunkan harga runcit bahan api, terutamanya RON95 dan diesel, dalam jangka masa terdekat,” ulas MIDF Research lagi.

Harga minyak RON95, diesel mungkin turun untuk kurangkan kos sara hidup - MIDF Research 01

Foto: Shell in UK

Sepanjang separuh pertama tahun ini (1H 2023), harga minyak mentah Brent secara puratanya berada pada kadar USD 79.2 (~RM 361.35) setiap tong - lebih rendah daripada anggaran kerajaan iaitu USD 80/tong. Berdasarkan kadar ini, MIDF Research menjangkakan harga pasaran tanpa subsidi bagi RON95 adalah sebanyak RM 3.10 setiap liter. Pada tahun 2022, perbezaan harga RON95 dengan harga pasaran menjadi semakin besar kepada RM 1.86/liter.

“Berkat penstabilan harga minyak global, perbezaan harga bahan api dianggarkan akan menjadi lebih kecil kepada RM 1.05/liter tahun ini. Dengan perbezaan harga yang lebih kecil, kami percaya perbelanjaan subsidi keseluruhan akan lebih rendah berbanding tahun lalu.

Harga minyak RON95, diesel mungkin turun untuk kurangkan kos sara hidup - MIDF Research 02

"Dari tahun 2011 hingga 2013, perbezaan harga RON95 adalah lebih daripada RM 2.00/liter kerana harga minyak global kekal di atas USD 100/tong; sementara harga runcit RON95 dikekalkan pada RM 1.90 - 1.95 setiap liter," kata mereka.

Bagi kenaikan harga makanan pula, agak sukar bagi kerajaan untuk menangani inflasi makanan memandangkan Malaysia pengimport tetap makanan dan diburukkan lagi oleh tekanan ringgit yang semakin lemah.

Sumber: Bernama

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda