window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

PMX: Harga bahan api dah tak boleh lagi rendah, sudah berbilion dibelanjakan untuk subsidi

Faisal · Oct 4, 2023 11:28 AM

PMX: Harga bahan api dah tak boleh lagi rendah, sudah berbilion dibelanjakan untuk subsidi 01

Dalam Majlis Ramah Mesra Madani yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada Ahad lepas, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berucap mengenai topik subsidi bahan api dan menurut beliau, tidak wajar untuk menambahkan lagi subsidi bagi menurunkan harga minyak di negara kita kerana bahan api di Arab Saudi sendiri pun lebih mahal daripada Malaysia.

PMX: Harga bahan api dah tak boleh lagi rendah, sudah berbilion dibelanjakan untuk subsidi 02

Kata PMX dalam media sosial Twitter miliknya juga, walaupun menghasilkan lebih banyak minyak, harga bahan api di Arab Saudi masih lebih tinggi daripada kita”.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda nak tahu, untuk mengekalkan harga RM 2.05 liter buat RON 95, kerajaan terpaksa berbelanja untuk subsidi sehingga RM 30 bilion – RM 40 bilion setiap tahun.

Juga bacaAnda yang berkumpulan M40 mungkin tak dapat subsidi bahan api bersasar bermula Januari 2024

PMX: Harga bahan api dah tak boleh lagi rendah, sudah berbilion dibelanjakan untuk subsidi 01

Menariknya, PMX ingat lagi bahawa dalam kempen pilihanraya pada 2008, beliau berjanji untuk menurunkan harga minyak tetapi berdasarkan ekonomi sekarang, situasi sudah begitu berbeza. Dan pada waktu itu, harga minyak di Arab Saudi adalah serendah 50 sen per liter, lebih kurang RM 1.80.

Kini pula, harga petrol RON 95 di Arab Saudi sudah di tahap 2.33 riyal (~RM 2.93).

Bulan Lepas, Anwar telahpun memberitahu Parlimen bahawa harga bahan api tidak boleh diturunkan lagi oleh kerana harga minyak mentah semasa yang tidak mengizinkan.

PMX: Harga bahan api dah tak boleh lagi rendah, sudah berbilion dibelanjakan untuk subsidi 02

Menurut penanda aras harga minyak iaitu minyak mentah Brent, analisis semasa meramalkan bahawa harga untuk satu tong akan mencecah 100 US$ (~RM 495) tidak lama lagi dan kini pula sudah 95 US$ (~RM 470). Perkara ini boleh meleretkan lagi tempoh inflasi di serata dunia.

Disebabkan faktor-faktor inilah yang membuatkan kerajaan akan melaksanakan subsidi bahan api bersasar dan ia akan dibentangkan dalam Bajet 2024.

Juga bacaBajet 2024: GST mungkin ditangguh, pengguguran subsidi bahan api hampir pasti, insentif EV mungkin ditekankan

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda