window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

HINO buka pusat servis bas baharu, sasar permintaan kenderaan berat meningkat ke 6,000 tahun ini!

Haris · May 27, 2022 01:00 PM

HINO buka pusat servis bas baharu, sasar permintaan kenderaan berat meningkat ke 6,000 tahun ini! 01

Gambar hiasan

Hino Motor Sales (Malaysia) Sdn Bhd optimis dengan sasaran jualan sebanyak 6,000 unit kenderaan di Malaysia tahun 2022.

Pengarah Urusan Atsushi Uchiyama berkata sasaran tersebut adalah berdasarkan prestasi tahunan sebelum pandemik, di mana syarikat itu pernah menjual antara 5,000 dan 6,000 unit setahun.

"Tahun ini, tumpuan akan lebih kepada trak kerana permintaan bas masih perlahan di Malaysia, manakala negara semakin pulih daripada kesan pandemik dan beralih ke fasa endemik.

"Kami menyasarkan untuk menjual kira-kira 100 bas tahun ini dengan sasaran pasaran adalah untuk bas sekolah, bas kilang dan beberapa bas ekspres kerana kebanyakan pengusaha bas masih memiliki banyak bas yang tidak digunakan sepenuhnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Sebelum СOVID-19, kami pernah menjual 300 hingga 400 bas setahun dan kami percaya pemulihan akan mengambil sedikit masa untuk menjual bas baharu," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran cawangan perkhidmatan baharunya, Hino Service Outlet (HASO), semalam.

HINO buka pusat servis bas baharu, sasar permintaan kenderaan berat meningkat ke 6,000 tahun ini! 01

HINO Poncho antara bas mini yang dibeli oleh Rapid Penang

Uchiyama turut memberitahu bahawa Hino di Malaysia kini sedang mengembalikan output pengeluaran kembali ke tahap prapandemik. Sungguhpun begitu, permintaan untuk trak begitu memberangsangkan sehingga ia melepasi tahap pengeluaran tersebut.

Beliau menambah bahawa memandangkan permintaan semakin meningkat, beberapa cabaran masih dialami syarikat untuk meningkatkan pengeluaran yang berkait rapat dengan gangguan bekalan semikonduktor dan komponen-komponen tertentu dari China akibat sekatan COVID-19.

“Bagi menangani masalah itu, kami mendapatkan lebih banyak alat ganti pemasangan tempatan (CKD) sepenuhnya dari Jepun dan bekerjasama dengan Hino Jepun untuk meningkatkan pengeluaran alat ganti mengikut keperluan dan permintaan di Malaysia," katanya.

Beliau juga memberitahu terdapat juga masalah tenaga kerja di kilang pembuatan Hino Malaysia kerana separuh daripada tenaga kerjanya adalah warga asing yang telah kembali ke negara masing-masing semasa pandemik.

HINO buka pusat servis bas baharu, sasar permintaan kenderaan berat meningkat ke 6,000 tahun ini! 02

Gambar hiasan

Terdahulu, Hino Malaysia menandatangani perjanjian dengan Terus Maju Services Sdn Bhd (TMS) bagi bekerjasama dan melaksanakan perkhidmatan penyelenggaraan sehenti untuk bas.

Mengulas mengenai perkara itu, Uchiyama berkata selain HASO yang baru dilancarkan di bawah operasi TMS, Hino kini mempunyai dua lagi HASO yang beroperasi di Pulau Indah, Selangor dan satu lagi di Bandar Muadzam Shah, Pahang.

"Kami menyasarkan untuk menyokong pelanggan di kawasan pinggir bandar. Kami kini dalam usaha untuk membuka lebih banyak HASO di negeri lain juga," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan TMS Loo Kok Seong berkata kerjasama itu akan membolehkan syarikat melengkapkan juruteknik mereka dengan kemahiran profesional berdasarkan piawaian Hino dan mendapatkan keyakinan pelanggan.

“Selain perkhidmatan penyelenggaraan, kami juga mengeluarkan bas yang lengkap. "Dengan kerjasama ini, kami boleh melakukan jualan di pusat ini dan melaksanakan perkhidmatan selepas jualan," katanya.

Beliau menambah, syarikat juga memperuntukkan RM40 juta untuk membina sebuah lagi kilang pembuatan di atas tanah seluas 4.15 hektar di Nilai, Negeri Sembilan, yang dijangka beroperasi dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang. -Bernama

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda