window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022!

Khairil ยท Aug 2, 2021 10:00 AM

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 01

Satu kertas kerja EU yang terdedah memberi petunjuk Honda Motor Company sudah merancang untuk mengemaskini model popularnya dalam siri CB500 iaitu CBR500R, CB500X dan CB500F pada tahun 2022.

Begitupun, berdasarkan daripada kertas kerja EU yang terdedah itu, tiada perubahan 'besar' yang dibuat oleh pengeluar motosikal terkemuka Jepun itu terutama dari sudut trenkuasa dan dimensi.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ia masih menggunakan enjin bersesaran 471 cc, 2 Silinder yang menghamburkan kuasa 47 Hp dan tork 43 Nm.

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 01

Honda CB500X

Berdasarkan berat pula, model 'Naked' CB500F kekal pada 189 kg dan 'Sportbike' CBR500R pula pada 191 kg, sama seperti model 2021. Begitupun, untuk model 'Touring' CB500X, ia meningkat daripada 196 kg kepada 198 kg.

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 02

CBR500R

Ia memberi petunjuk CB500X akan memperoleh tangki minyak yang lebih besar namun belum ada pengesahan mengenai perkara berkenaan.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Tiada perubahan yang radikal dari sudut gaya juga dijangka dengan dimensi ketiga-tiga model berkenaan tampak tidak banyak berubah.

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 03

C500F

Untuk ketinggian, ketiga-tiga model masih kekal pada angka 2021 namun lebih lebar yang memberi petunjuk perubahan di bahagian 'handlebar'.

Begitupun, berdasarkan fail dokumen yang terdedah itu, turut disahkan bahawa ketiga-tiga model berkenaan memperoleh kemas kini di bahagian sistem brek. Ketika ini, ketiga-tiga model menggunakan brek cakera tunggal bersama kaliper 2 piston.

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 04

Bagi model 2022, kesemua model CB500 akan menggunakan brek cakera berganda. Tetapi malangnya, tiada sebarang maklumat lanjutan mengenai saiz atau kaliper yang digunakan.

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 05

Berikutan perubahan sistem brek, ia juga bermakna bahagian tayar dan fork juga dijangka akan mengalami perubahan. Dan jika berlaku perubahan di bahagian fork, suspensi belakang juga dijangka turut dikemaskini.

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 06

Ketika ini, hanya dokumen berkenaan berjaya dilihat beberapa media antarabangsa namun tiada sebarang imej atau pengumuman daripada Honda sendiri.

Juga baca: 5 ciri menarik Honda CRF1100L Africa Twin di Malaysia

Honda beri petunjuk kemas kini untuk model siri CB500 akan tiba pada 2022! 07

Sebagai antara model popular dari Honda di serata dunia dengan ketiga-tiga model CBR500R, CB500X dan CB500F turut dijual di Malaysia, perkembangan ini jelas sesuatu yang mengujakan.

Sumber: CycleWorld

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda