window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Khairil ยท Feb 22, 2021 10:00 AM

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 01

Sebagai memenuhi keinginan peminat jentera 'Supersport' di Indonesia, Astra Honda Motor (AHM) melancarkan Honda CBR600RR 2021 di negara berkenaan yang tampil dengan teknologi canggih dan harga yang boleh meremangkan bulu roma.

Terkenal sebagai jentera berprestasi tinggi yang berorientasikan perlumbaan, Honda CBR600RR 2021 ini datang pada tanda harga Rp. 550,000,000 (OTR Jakarta) iaitu bersamaan RM 158,423.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Masih belum memasuki pasaran Malaysia, harga jualannya di sebuah lagi negara jiran iaitu Thailand jauh berbeza iaitu 549,000 Baht (RM 74,013) mengikut tukaran semasa.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 01

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 02

Dilengkapi enjin bersesaran 599 cc, Penyejuk Cecair, 4 Lejang, 16 Injap, DOHC 4 Silinder Sebaris dengan PGM-FI, ia berupaya menghasilkan kuasa yang menakjubkan iaitu 119 Hp pada 14,000 rpm dan tork 64 Nm pada 11,500 rpm.

Sebagai perbandingan, model generasi terdahulu CBR600RR menghasilkan 118 Hp pada 13,500 rpm.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 03

Apa yang dilakukan oleh Honda bagi meningkatkan kuasanya ialah material dalam beberapa komponen enjin termasuk gegelung injap, aci (cam) dan aci engkol (crankshaft) ditukar bagi meningkatkan had pusingan rev (rpm).

Selain itu, Honda turut memperbesarkan lubang terotel dan port masukan (intake port) dengan sistem ekzos turut diubah suai membabitkan kadar diameter dan ketebalan dinding ekzos bagi memberikan prestasi optimum.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 04

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch yang berfungsi mencegah tayar belakang daripada terkunci. Ia juga membantu kelajuan pusingan tayar sama dengan enjin, gear dianjak lebih pantas dan mengelak situasi tayar terangkat apabila menukar gear secara agresif.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 05

Seperti CBR600RR 2021 yang dilancarkan di Jepun tahun lalu, antara pakej elektronik yang dibekalkan adalah seperti sistem sensor Unit Unjuran Inersia (IMU) dan teknologi terotel Ride-by-Wire (RbW) yang membolehkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) berfungsi lebih cekap bagi mengesan pergerakan roda.

Selain itu, turut didatangkan Honda pada jentera ini adalah seperti pemilihan mod kuasa (5 tahap), Kawalan Wheelie (3 tahap + off), Kawalan traksi HSTC (9 tahap + off) dan penyelarasan pembrekan enjin (3 tahap).

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 06

Seperti motosikal berkuasa tinggi lain, CBR600RR 2021 dibekalkan dengan ciri-ciri seperti Emergency Stop Signal (ESS) dan bagi tunggangan yang lebih baik, ia turut dilengkapi dengan Honda Electronic Steering Damper (3 tahap - hard, medium, soft).

Kestabilannya pula diperhebat dengan suspensi depan Showa Inverted Telescopic dan suspensi belakang Showa Pro-Link with Gas-Chamber. Semua suspensi dapat disesuaikan dengan kompresi dan rebound.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 07

Dari sudut aerodinamik, fairing badan baharu CBR600RR 2021 ditambah baik berasaskan teknologi sukan permotoran. Menurut Honda, motosikal ini mempunyai kadar daya seretan (drag coefficient) paling rendah dalam kelas supersport.

Selain itu, winglet baharu ditambah pada sisi motosikal untuk mendapatkan 'downforce' ketika mengambil selekoh dan memecut di selekoh.

Selain itu, CBR600RR 2021 kini dilengkapi  kluster instrumen digital LCD TFT berwarna penuh bagi memberikan penunggang pandangan lebih jelas. Dua mod paparan turut tersedia iaitu Street dan Circuit. Dan bagi meminimumkan berat, set lampu jenis LED digunakan.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 08

Dari sudut keselamatan, jentera ini dipasangkan set brek cakera berkembar dengan saiz 310 mm, kaliper 4 piston bersama ABS manakala brek cakera tunggal dengan saiz 220 mm, kaliper piston tunggal di bahagian belakang.

Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu! 09

Antara ciri-ciri lain adalah beratnya adalah sebanyak 194 kg, kapasiti bahan api 18 liter dengan saiz roda 120/70 ZR 17 (depan) dan 180/55 ZR 17 (belakang). Bagi pasaran Indonesia, hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Tricolor.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda