Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297

Khairil · Jan 13, 2021 10:00 AM

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 01

PT Astra Honda Motor (AHM) melancarkan model 'Sportbike' lincah CBR150R 2021 serba baharu, semalam yang tampil dengan reka bentuk lebih futuristik bersama lampu depan mirip CBR250RR 2021.

Seperti versi sebelumnya, jentera yang popular di negara seberang itu didatangkan dengan dua varian iaitu Non-ABS dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dengan pakej harga menarik bermula RM10,297 hingga RM11,704.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 02

Menurut AHM, pengendalian dan kuasa CBR150R 2021 dipertingkat supaya pemiliknya dapat merasai pengalaman menunggang jentera lumba sejati. Ia kini memiliki ciri-ciri canggih seperti sistem Assist & Slipper Clutch.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 01

Ditambah dengan penggunaan fork depan terbalik (USD), pengendaliannya dikhabarkan lebih mudah dan lincah terutama bagi penggunaan di jalan-jalan sesak seperti pusat bandar.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 02

Pakej reka bentuk CBR150R 2021 meneruskan gaya yang agresif dengan sisi lebih tajam. Ia tampak sedikit lebih besar namun tetap ringan dan ia adalah hasil daripada perubahan yang dilakukan pada rekaan lampu depan dan lampu DRL yang mengambil inspirasi CBR250RR 2021.

Dari sudut kuasa, CBR150R 2021 kekal dengan enjin bersesaran 150cc DOHC, Penyejuk Cecair dan berupaya menghasilkan kuasa maksimum 17Hp pada 9,000 rpm dan tork 14,4Nm pada 7.000 rpm.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 03

Ia dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan dan menurut AHM, ia mampu mencapai jarak kelajuan 0-200 meter hanya dengan 10.6 saat dan kelajuan maksimum 127 kmj.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 04

"Ketika menunggangnya, mereka akan merasai sendiri kelincahan motosikal ini dan ia mudah dikendalikan mengikut kehendak penunggang. Motosikal ini akan menjadi pilihan terbaik untuk penggemar jentera Sportbike," kata Presiden Pengarah AHM, Keiichi Yasuda.

"Terdapat pelbagai ciri-ciri baru bagi melengkapkan motosikal ini sekali gus memudahkan penggunaannya dalam kehidupan harian," kata Yasuda.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 05

Ciri-ciri menarik lain adalah Emergency Stop Signal (varian ABS sahaja) yang kebiasaannya ada pada jentera berkuasa besar dan penggunaan brek cakera wavy bagi menampilkan gaya sporty.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 06

Paparan panel meter juga adalah digital penuh yang memaparkan sebagai informasi diperlukan penunggang dan paling penting, mudah dilihat.

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 07

Bagi varian Non-ABS, ia datang dengan empat warna pilihan iaitu Matte Black, Dominator Matte Black, Victory Black Red, dan Honda Racing Red manakala varian ABS,ia mempunyai pilihan warna Dominator Matte Black, Victory Black Red, Honda Racing Red selain warna Edisi Istimewa MotoGP.

Untuk harganya adalah seperti berikut: Non-ABS Matte Black, Victory Black Red, Dominator Matte Black Rp35,900,000 (RM10,297) manakala Honda Racing Red dijual Rp36,600,000 (RM10,497).

Honda CBR150R 2021 serba baharu tiba di Indonesia, harga bermula RM10,297 08

Bagi varian ABS, Victory Black Red dan Dominator Matte Black dijual pada harga Rp39,900,000 (RM11,446), Honda Racing Red dijual Rp40,600,000 (RM11,647) manaala Edisi MotoGP Rp40,800,000 (RM11,704). Harga berkenaan berstatus 'On The Road' di Jakarta.

Harga yang dipasarkan di Indonesia sememangnya cukup menarik namun tidak dapat dipastikan sama ada ia akan tiba di Malaysia atau tidak.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Toyota Corolla Cross 1.8G

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru