window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat!

Khairil ยท Feb 11, 2022 08:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 01

Dari sudut pengendalian tunggangan, ia kini dipadankan dengan suspensi fork depan jenis terbalik (USD) Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) berdiameter 41 mm yang lebih premium.

Suspensi belakang menggunakan penyerap hentak tunggal dan turut ditala semula supaya sepadan dengan perubahan yang dilalukan dengan suspensi hadapan. Sebagai tambahan, ia menggunakan lengan ayun baharu yang dikatakan lebih ringan bersama ciri ‘lateral flex’.

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 02

Untuk brek, ia tidak lagi menggunakan brek cakera tunggal di roda hadapan namun dipadankan dengan cakera jenis berkembar 296 mm dengan kaliper radial-mount dua piston yang lebih berprestasi.

Selain meningkatkan tahap keselamatan, ia juga meningkatkan 'kehenseman' Honda CBR500R 2022 secara keseluruhan.

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25.9k

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 03

Dari sudut trenkuasa, Honda CBR500R 2022 kekal menggunakan enjin bersesaran 471 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-FI yang bergandingan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah setinggi 47 Hp pada 8,600 rpm dan tork 43 Nm pada 6,500 rpm. Untuk tunggangan lebih lancar, ia turut dilengkapi dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 04

Perubahan lain termasuklah rekaan rim baharu, radiator yang lebih ringan selain sistem suntikan bahan apinya turut ditala semula bagi mendapatkan prestasi lebih baik serta penggunaan sistem lampu LED.

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan panel meter digital LCD, memiliki sistem lampu Emergency Stop Signal dan sistem sekuriti HISS (Honda Intelligent Security System).

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 05

Grand Prix Red

Dengan berat sekitar 192 kg, ia mempuntai ketinggian pelana 785 mm dengan set roda 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 dan mempunyai kapasiti tangki bahan api sebesar 20.4 liter.

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu: 

  • Grand Prix Red 
  • Matte Gunpowder Black Metallic 

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 06

Matte Gunpowder Black Metallic 

Di pasaran Amerika Syarikat, harga jualan Honda CBR500R 2022 adalah AS$ 7,199 (RM 30,156). Di Malaysia pula, Honda CBR500R dilancarkan pada 2019 lalu denga harga jualan asas RM 34,499 dan ia kekal berada dalam katalog BSH hingga kini.

Honda CBR500R 2022 tiba di AS, aspek pengendalian, keselamatan dipertingkat! 07

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 HRC tiba di Indonesia. Spesifikasi, harga memang padu!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda