window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat!

Khairil · Sep 3, 2021 10:30 AM

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 01

Honda mempamerkan versi terbaharu motosikal 'Adventure' terhangatnya CRF1100L Africa Twin & Honda Africa Twin Adventure Sports yang memperoleh pelbagai kemas kini dan dijadual dilancar sebagai model 2022.

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 02

Terdapat beberapa perubahan besar yang dilakukan jenama popular Jepun itu terhadap motosikal yang turut berentap di Rali Dakar itu dengan yang paling menarik pastinya 'box' pengangkut barangan belakang aluminium yang kini datang secara standard.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Honda CBR600RR 2021 tembus pasaran Malaysia, harga asas RM 98,888!

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 01

Dari sudut mekanikal pula, Honda turut menyemak semula sistem transmisi untuk varian DCT bagi memastikan tunggangan yang lebih lancar. Perubahan lain adalah corak grafik yang lebih menarik dan besar.

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 02

Untuk model Honda Africa Twin Adventure Sports pula, visor penghadang angin 5 peringkat pelarasannya kini menjadi lebih pendek.

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 03

Untuk trenkuasa, kedua-dua versi masih dilengkapi enjin 1,084 cc, Parallel Twin, 8 Injap, Penyejuk Cecair, SOHC, 4 Lejang dengan kuasa yang dihamburkan setinggi 100.5 Hp pada 7,500 rpm dan tork 105 Nm pada 6,250 rpm. 

Juga baca: Honda CBR250RR 2020 dilancar di Malaysia, dua warna menarik, harga RM25,999

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 04

Sistem transmisi pula ialah sama ada manual enam kelajuan atau DCT enam kelajuan. Perubahan terhadap sistem transmisi DCT adalah ia ditala semula agar ini lebih lancar ketika gear pertama dan kedua.

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 05

Sebagai jentera aras tinggi daripada Honda, model Africa Twin turut dilengkapi pakej elektronik canggih iaitu Inertial Measurement Unit (IMU) 6 paksi yang mengawal mod tunggangan (7), Honda Selectable Torque Control (HSTC) 7 tahap, Wheelie Control (3 tahap), Cornering ABS (off-road setting), DCT Cornering Detection dan Cruise Control.

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 06

Spesifikasi lain adalah sistem suspensi menggunakan jenama Showa dan sistem brek daripada jenama Nissin lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Kluster panel meter juga canggih iaitu TFT-LCD bersaiz 6.5-inci warna penuh dengan ciri skrin sentuh. Ia juga lengkap dengan sambungan Apple CarPlay, Android Auto dan Bluetooth. 

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 07

Sistem lampu yang digunakan termasuk lampu siang (DRL) menggunakan LED dan ciri-ciri lain adalah seperti soket pengecas USB, Auto Turn Signal Cancel dan Emergency Stop Signal.

Juga baca: 5 ciri menarik Honda CRF1100L Africa Twin di Malaysia

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 08

Tiada perubahan dari sudut pilihan warna disaksikan iaitu Grand Prix Red, Pearl Glare White Tricolour dan Matte Ballistic Black. 

Honda CRF1100L Africa Twin 2022 didedahkan, corak grafik lebih elegan, sistem DCT dipertingkat! 09

Honda belum mempamerkan harga bagi versi terbaharu CRF1100L Africa Twin & Honda Africa Twin Adventure Sports namun di Malaysia, model yang dibawa Boon Siew Honda pada tahun lalu dijual pada harga bermula RM 98,888 (asas).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda