window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k!

Khairil · Oct 6, 2022 09:00 AM

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 01

Honda Motor Thailand terus bergerak aktif dengan melancarkan Honda Forza 350 (2023) yang juga debut 'premiere' skuter maxi itu di pasaran antarabangsa menerusi penampilan serba baharu. 

Seperti dikatakan, Honda Forza 350 (2023) tampil dengan rekaan baharu dan antara paling ketara adalah penggunaan lampu depan LED yang kini terpisah dengan bahagian lampu belakang turut mengalami perubahan.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jika diperincikan, rekaan Honda Forza 350 (2023) ini memang mengikuti model skuter aras tingginya iaitu Honda Forza 750 (2022) terutama membabitkan rekaan lampu depan dan perubahan yang dilakukan membuatkan penampilannya tampak lebih elegan dan mewah.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 01

Selain rekaan, perubahan lain terhadap Honda Forza 350 (2023) adalah di bahagian panel meter namun sedikit mengecewakan, ia masih belum digital penuh dan mengekalkan padanan analog dan digital.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 02

Tiada perubahan di bahagian spesifikasi trenkuasa dengan Honda Forza 350 (2023) masih dipadankan dengan enjin eSP+ bersesaran 329.6 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api PGM-FI, SOHC bersama transmisi automatik CVT.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 03

Begitupun, tiada angka kuasa dan tork dinyatakan oleh Honda Motor Thailand untuk skuter ini.

Antara ciri-ciri unggul yang dipadankan Honda kepada skuter ini termasuklah teknologi Honda Smartphone Voice Control System (HSVCS), Honda Selectable Torque System (HSTC), Sistem Kunci Pintar Honda dengan Smart Controller, pengecas USB dan visor angin boleh laras 150 mm elektrik.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 04

Seperti skuter lain dalam segmen sama, Honda Forza 350 (2023) mempunyai ruang simpan bawah pelana yang mampu memuatkan dua helmet, sistem suspensi fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berganda (belakang) dengan sistem brek menggunakan brek cakera tunggal depan dan belakang lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 05

Dua varian ditawarkan untuk Honda Forza 350 (2023) di pasaran Thailand iaitu Standard dan Roadsync dengan empat pilihan warna iaitu Mat Black, Smoky Grey, Red dan Blue.

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 06

Untuk Honda Forza 350 (2023) Roadsync, yang lengkap dengan sistem HSVCS dan rim berwarna emas, harga jualannya adalah 181,000 baht (RM 22,462). Honda Forza 350 (2023) Standard (Tiada HSVCS) pula dijual pada harga 179,000 baht (RM 22,213).

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 07

Kepada yang mahukan lebih kelainan, Honda turut menawarkan model yang dipadankan dengan sistem suspensi belakang dipertingkat iaitu Honda Forza 350 Forza Nitron Neon TH1 yang dijual pada harga 221,800 baht (RM 27,526).

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 08

Untuk model yang sistem ekzosnya dipertingkat iaitu Honda Forza 350 Forza Yoshimura Gcraft Rising Spirit TH2, harga jualannya pula adalah pada angka 206,900 baht (RM 25,676).

Honda Forza 350 (2023) buat kemunculan 'premiere' di Thailand, perubahan 'facelift', harga bermula RM 22.2k! 09

Sebagai info, Honda Forza 350 tidak memasuki pasaran Malaysia namun membawa masuk 'adiknya' iaitu Honda Forza 250.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda