window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia?

Khairil ยท Jan 13, 2021 01:00 PM

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 01

Honda Thailand baru-baru ini melancarkan model kapcai Wave 110i 2021 yang hadir dengan pelbagai pembaharuan.

Model serba baharu itu datang dengan kapasiti tangki minyak lebih besar, casis lebih ringan dan beberapa ciri baru termasuk dilengkapi lampu LED.

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 02

Dari sudut reka bentuk, ia turut dipertingkatkan agar tampak lebih sporty. Panel meter pula menggabungkan meter analog bersama LCD kecil yang memaparkan posisi gear, odometer dan baki minyak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 01

Menggunakan casis baharu, ia meningkatkan kapasiti storan Wave 110i sebanyak 36 peratus kepada 10 liter ruang simpanan, manakala tangki petrol pula mampu memuatkan 5 liter.

Wave Aplha 2020

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 02

Di Malaysia, model paling baharu bagi Wave bersesaran 110cc adalah Wave Aplha 2020 yang  dilancarkan Boon Siew Honda (BSH) pada penghujung 2019.

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 03

Berbanding Wave 110i 2021 di Thailand, reka bentuknya tampak lebih moden, garang dan kemas dengan lampu signal berada di bahagian fairing.

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 04

Reka bentuk ini membuatkan penampilan kapcai kecil ini lebih lebar dan tampak moden dan bergaya. Rekaan grafiknya juga membuatkan motosikal ini tampak mahal.

Spesifikasi enjin

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 05

Wave 110i 2021: Enjin 110cc, SOHC penyejukan udara dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI dengan Honda Smart Engine. Sistem gear menggunakan klac basah multiplat jenis gear rotari 4-kelajuan.

Wave Alpha: Enjin 110cc, 4-lejang silinder tunggal, SOHC penyejukan udara. Ia menghasilkan kuasa 8.23Hp pada 7,500rpm dan tork 8.42Nm pada 5,500rpm dan menggunakan transmisi klac automatik 4-kelajuan. Tetapi, ia masih menggunakan karburator.

Kapasiti minyak

Wave 110i 2021 Thailand: 5 liter

Wave Alpha: 3.7 liter

Tayar dan Rim

Kedua-dua model menggunakan tayar dan rim bersaiz 70/90-17 M/C 38P dan belakang 80/90-17 M/C 50P manakala suspensi jenis fork teleskpik di depan dan dwi-absorber dengan lengan ayun di belakang.

Varian

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 06

Honda Thailand perkenal Honda Wave 110i 2021, apa beza dengan Wave Alpha di Malaysia? 07

Wave 110i 2021 datang dengan 4 varian iaitu: Brek dram dengan penghidup tendang (rim jejari), Brek cakera dengan penghidup tendang (rim jejari), Brek cakera dengan penghidup elektrik (rim jejari), Brek cakera dengan penghidup elektrik (rim sport)

Wave Alpha (2020) hadir dengan tiga warna iaitu, Vivacity Red (merah), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Cipper Yellow (kuning) dalam dua pilihan varian (Sport Rim Brek Cakera dan Rim Jejari Brek Dram).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda