window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Hyundai dan Kia sertai RE100 untuk capai 100% tenaga bersih menjelang 2050

Mersita Β· Jul 13, 2021 01:00 PM

Hyundai dan Kia sertai RE100 untuk capai 100% tenaga bersih menjelang 2050 01

Hyundai Motor Company dan Kia Corporation telah menyertai inisiatif RE100 Climate Group, satu inisiatif global yang komited untuk bergerak ke arah 100% penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Kedua-dua pembuat kereta ini bersama 3 lagi ahli gabungan utama di bawah naungan Hyundai Motor Group telah berikrar untuk melaksanakan inisiatif ini menjelang tahun 2050 atau lebih awal lagi.

RE100, singkatan bagi Renewable Energy 100 Percent, ialah satu inisiatif tenaga bersih di peringkat global diterajui oleh NGO British dipanggil Climate Group pada 2014. Inisiatif ini menggalakkan syarikat-syarikat besar dengan jejak karbon atau kuasa tinggi (contohnya, 100 GWh setahun) untuk komited dalam peralihan kepada tenaga bersih bagi semua proses-proses mereka.

Hyundai dan Kia sertai RE100 untuk capai 100% tenaga bersih menjelang 2050 02

Kilang Hyundai di Ulsan (kiri) dan kilang Asan (kanan)

Hyundai dan Kia, termasuklah Hyundai Mobis Co, Hyundai Wia, dan Hyundai Transys Inc., akan menyertai 310 syarikat lain yang telah mendaftar dengan inisiatif RE100.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tapi, Hyundai Motor Group merancang untuk mencapai sasaran ini seawal tahun 2040, bergantung kepada bekalan tenaga dan tahap permintaan di tapak operasi luar negara milik syarikat.

Baca juga: Samsung akan ganti semua kereta syarikat kepada jenis mesra alam menjelang 2030

Hyundai dan Kia sertai RE100 untuk capai 100% tenaga bersih menjelang 2050 01

Hyundai Wia ialah ahli gabungan Hyundai dan Kia dalam penghasilan bahagian kenderaan, yang juga menghasilkan mesin peralatan automasi kilang

Setiap syarikat akan berusaha untuk mencapai matlamat ini menerusi pelbagai langkah seperti memasang panel solar atau membeli elektrik yang dijana dari sumber boleh diperbaharui. Ini boleh dicapai melalui perjanjian perolehan tenaga atau program premium Korea Electric Power Corp (KEPCO).

Walaupun sebelum menyertai inisiatif RE100, setiap satu syarikat ini telahpun mula mengembangkan penggunaan sumber tenaga bersih serta beralih kepada penggunaan teknologi untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam proses penghasilan masing-masing.

Baca juga: Korea Selatan 'paksa' jabatan kerajaan guna kereta elektrik atau hibrid sahaja bermula April 2021!

Contohnya, Hyundai memasang panel solar yang menjana 13,000 MWh setahun di atap kilang Asan miliknya di Korea pada tahun 2013. Di samping itu, Hyundai baru saja memasang panel solar di kilang Ulsan pula pada tahun lepas dalam satu kerjasama dengan Korea Hydro dan Nuclear Power Company.

Kia pula memulakan inisiatif mereka di kilangnya di Slovakia. Pengilang itu menubuhkan satu sistem untuk menggantikan semua tenaga yang digunakan di kilang produksi dengan tenaga dijana dari sumber boleh diperbaharui pada tahun 2019.

Tambahan pula, Hyundai Mobis, pembekal bahagian digital kumpulan syarikat itu, telah beralih ke sumber tenaga bersih di tapak operasi Slovakia dan Sweden awal tahun ini. Syarikat itu juga sedang menubuhkan Global Mobis Energy Management System di Korea.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda