window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jadual MotoGP 2022 tertiris, GP Malaysia pusingan kedua terakhir dalam kalendar!

Khairil ยท Sep 23, 2021 07:00 PM

Jadual MotoGP 2022 tertiris, GP Malaysia pusingan kedua terakhir dalam kalendar! 01

Pandemik Covid-19 menyaksikan perubahan drastik terhadap jadual perlumbaan MotoGP sejak musim lalu. Pada musim 2020, hanya 13 pusingan berlangsung dan untuk musim 2021, situasi sama berulang yang menyaksikan beberapa pusingan menjadi 'mangsa' termasuk GP Malaysia yang dijadual bulan depan.

Bermula dengan pembatalan GP Finland pada Mei, ia diikuti pembatalan GP Jepun pada Jun, GP Australia dan GP Thailand (Julai), GP Malaysia pada Ogos dan pembatalan GP Argentina pada bulan ini.

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jadual MotoGP 2022 tertiris, GP Malaysia pusingan kedua terakhir dalam kalendar! 01

Jadual perlumbaan MotoGP 2021 (Kemaskini Ogos)

Daripada 20 pusingan yang dijadual berlangsung musim ini, enam daripada dibatalkan dengan hanya Qatar dan Amerika Syarikat menjadi venue perlumbaan di luar Eropah.

Jadual MotoGP 2022 tertiris, GP Malaysia pusingan kedua terakhir dalam kalendar! 02

GP Qatar 2021

Dan belum pun saingan musim ini berakhir dan belum disahkan secara rasmi oleh penganjur, tertiris jadual sementara MotoGP bagi musim 2022 yang pastinya tanpa kelibat legenda, Valentino Rossi.

Jika sekatan terhadap Covid-19 dapat diminimakan, sebanyak 21 pusingan dijadualkan pada musim 2022 termasuk di negara seberang, Indonesia.

Bermula dengan perlumbaan pusingan 1 di Qatar pada 6 Mac, Indonesia dijadual menjadi tuan rumah pusingan kedua di litar serba baharu, Mandalika sebelum ia diteruskan di Argentina dan Amerika Syarikat.

Jadual MotoGP 2022 tertiris, GP Malaysia pusingan kedua terakhir dalam kalendar! 03

GP Americas 2020

Pusingan 5 menyaksikan saingan kembali ke Eropah bermula dengan GP Portugal dan kekal di benua berkenaan sehingga Oktober yang menyaksikan saingan beralih ke Jepun, Thailand, Australia dan Malaysia.

Jadual MotoGP 2022 tertiris, GP Malaysia pusingan kedua terakhir dalam kalendar! 04

GP Malaysia 2019

Selepas GP Malaysia yang dijadual pada 30 Oktober, perlumbaan akan kembali ke Eropah untuk saingan penutup tirai di GP Valencia, Sepanyol.

Jadual sementara MotoGP 2022

  • 6 Mac - Losail, Qatar
  • 20 Mac - Mandalika, Indonesia
  • 3 April - Termas de Río Hondo, Argentina
  • 10 April - Circuit of the Americas, Texas
  • 14 April - Portimao, Portugal
  • 1 Mei - Jerez, Sepanyol
  • 15 Mei - Le Mans, Perancis
  • 29 Mei - Mugell, Itali
  • 5 Jun - Barcelona, Sepanyol
  • 19 Jun - Sachsenring, Jerman
  • 26 Jun - Assen, Belanda
  • 10 Julai - KymiRing, Finland
  • 7 Ogos - Silverstone, Britain
  • 21 Ogos - Red Bull Ring, Austria
  • 11 September - Aragon, Sepanyol
  • 18 September - Misano, San Marino
  • 2 Oktober - Motegi, Jepun
  • 9 Oktober - Buriram, Thailand
  • 23 Oktober - Phillip Island, Australia
  • 30 Oktober - Sepang, Malaysia
  • 13 November - Valencia, Sepanyol

Sumber: Moto.it 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda