window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099

Khairil ยท Dec 15, 2020 02:00 PM

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 01

Jentera yang disasarkan untuk golongan 'pengembara' dari Honda, CB500X mendapat kemas kini baharu dengan tiga warna menarik, Mat Gunpowder Black Metallic, Grand Prix Red dan Pearl Metalloid White bagi versi 2021.

Bersama tagline 'urban commuter to weekend explorer' (Penggunaan bandar ke penjelajahan hujung minggu), harga bagi jentera ini kekal RM36,099.

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga berkenaan begitupun tidak termasuk cukai jalan, insuran dan cas pendaftaran.

Bagi menambahkan gaya, sub-fram CB500X 2021 didatangkan dengan warna merah, mengikuti gaya 'abangnya' yang lebih berkuasa CRF1000L Africa Twin.

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 01

Tidak ada perubahan dari sudut kuasa dengan enjinnya yang bersesaran 471cc menggunakan sistem penyejuk cecair, DOHC parallel-twin menghasilkan 49.75Hp pada 8,500 rpm dan tork 44.7Nm pada 7,000 rpm.

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 02

Ia dilengkapi dengan kotak gear enam kelajuan bersama klac assist & slipper dan kuasanya dihantar ke tayar belakang menggunakan rantai.

Bagi memberikannya lebih keseimbangan di atas jalan, CB500X 2021 menggunakan rim bersaiz 19 inci di bahagian depan dan 17 inci di bahagian belakang dengan saiz tayar 110/80 dan 160/60.

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 03

Dari sudut keselamatan, sistem brek CB500X dipadankan dengan brek cakera hidrolik 310mm di bahagian depan dan 240mm di bahagian belakang bersama 2 saluran ABS sebagai spesifikasi standard.

Suspensi bahagian depan menggunakan fork telescopic dengan diameter 41mm boleh laras manakala di bahagian belakang menggunakan Prolink monoshock boleh laras, 5 step.

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 04

Sesuai bagi golongan pengembara, CB500X 2021 diberikan tangki berkapasiti 17.5 liter dengan berat 196 kilogram dan hadir dengan waranti selama dua tahun atau 20,000 perbatuan.

Jentera 'Adventure' kegemaran Malaysia, Honda CB500X dapat kemas kini baharu, Harga kekal RM36,099 05

Bagi peminat yang mengidam-idamkam jentera 'Adventure' kelas pertengahan, anda boleh mendapatkannya di pengedar Honda Big Wing seluruh negara.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda