window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

JPJ beri amaran supaya JANGAN ubahsuai kenderaan untuk kempen PRU15

Haris ยท Oct 27, 2022 11:59 AM

JPJ beri amaran supaya JANGAN ubahsuai kenderaan untuk kempen PRU15 01

Gambar hiasan

Rakyat Malaysia digesa untuk kekal mematuhi undang-undang jalan raya serta tidak melakukan pengubahsuaian kenderaan hanya semata-mata untuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam satu laporan daripada Berita Harian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim memberi amaran bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik yang melakukan modifikasi kenderaan untuk berkempen.

Sekiranya terdapat mana-mana kenderaan didapati tidak menepati spesifikasi seperti ditetapkan Agensi Perkhidmatan Awam Darat sebagai kenderaan komersial, ia boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) iaitu salah guna permit dan melakukan modifikasi kenderaan.

JPJ beri amaran supaya JANGAN ubahsuai kenderaan untuk kempen PRU15 02

Gambar hiasan

"Tidak ada lesen besar untuk mana-mana parti membuat ubah suai kepada kenderaan mereka pada musim PRU ini," ujarnya pada sidang media selepas membuat tinjauan Op Advokasi Keselamatan Jalan Raya Bersepadu di Plaza Tol Sungai Besi, malam semalam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain daripada itu, JPJ menjangkakan peningkatan aliran trafik menjelang hari pengundian pada 19 November dan menasihatkan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

Dia turut mengingatkan bahawa bagi tempoh Januari hingga September 2022, sebanyak 402,626 kes kemalangan jalan raya direkodkan di mana lebih 10 peratus daripada angka tersebut berakhir dengan kematian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Baca: Gerakan #PulangMengundi dihidupkan semula, sukarelawan 'carpool' untuk PRU 15 seluruh Malaysia

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda