Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an!

Faisal · May 14, 2021 12:00 PM

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 01

Mazda adalah antara pengeluar kereta yang paling cantik sekarang ini. Kami baru sahaja menguji pandu Mazda 3 Hatchback dan kami tidak boleh berhenti dari membayanginya di depan mata kami.

Juga bacaKereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Sebenarnya, Mazda menghasilkan kereta yang sebegini rupa sejak 30 tahun yang lalu lagi. Apa yang kami maksudkan di sini ialah Mazda Astina.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 01

Ada sesuatu yang istimewa mengenai Mazda Astina tetapi ia bukan pada lampu depan yang boleh disorok semata-mata. Dibangunkan berasaskan Mazda Familia/323 BG generasi ke-7, Astina sering dilihat sebagai kereta kegemaran 'playboy' di era 90-an.

Dilancarkan pada tahun 1989, Astina bukan setakat menonjol dalam kalangan model Mazda sahaja. Malah, ia antara kereta yang paling menyerlah ketika itu. Dari segi estetik, siluet menikam dan lampu depan ala bulu mata lentik membuatkan Mazda Astina nampak seperti sebuah kapal angkasa yang berbentuk kereta.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 02

Malah, elemen lampu depan sebegini adalah sama seperti sportscar Mazda MX-5 dan RX-7.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 03

Walaupun imej yang ditonjolkan oleh Mazda Astina cukup sporty, mekanikalnya tidaklah begitu rancak.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 04

Untuk maklumat anda, Astina tidak didatangkan dengan enjin turbo mahupun pacuan 4WD seperti yang ada pada Mazda 323 GTX ketika itu. Sebaliknya, Mazda Astina dikuasakan oleh empat pilihan enjin. Varian yang paling berprestasi sekalipun hanya berkuasakan enjin 1.8L DOHC aspirasi natural 4 silinder (140 PS/160 Nm tork). Tidak cukup dengan itu, Mazda Astina juga hanya berpacuan roda depan.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 05

Walaupun prestasinya tidak begitu menyerlah, Mazda Astina tetap memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan. Inipun sebelum wujudnya falsafah Jinba Ittai (keserasian kuda & penunggangnya) yang diketengahkan oleh Mazda di era SkyActiv.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 06

Sekitar RM 117,000 kalau ikut nilai matawang sekarang.

Menurut pengulas, sterengnya cukup responsif dan tepat. Casis Astina juga cukup seimbang. Malah, sesetengah pihak meletakkannya setanding dengan tawaran Jerman yang ada ketika itu. Ditambah pula dengan transmisi manual 5 kelajuan, resepi yang digunakan pada Mazda Astina sebenarnya sudah secukup rasa.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 07

Di Jepun, Mazda Astina dilengkapkan dengan aksesori seperti televisyen dan sensor bucu di bahagian depan. Untuk kereta biasa di zaman itu, kedua-dua ciri ini dikira agak mewah.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 08

Bercakap mengenai mewah, terdapat versi Eunos 100 yang hadir dengan pilihan kluster instrumen digital.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 09

Menariknya, Astina sering dianggap sebagai salah satu dari keluaran Mazda 323. Disebabkan itu, ia kekal dengan elemen yang praktikal. Berbanding kereta lain yang ada di era-90an, bahagian dalam Mazda Astina sebenarnya agak membosankan. Walaupun dengan jarak penglihatan yang baik, tahap keselamatannya hanyalah biasa-biasa sahaja.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 10

Pengganti Astina, Mazda Lantis.

Apapun, Mazda Astina adalah sebuah jentera yang menakjubkan. Walaupun kelibatnya semakin sukar untuk ditemui pada zaman sekarang, unit yang dijaga rapi tetap berharga sekitar RM 10,000. Reka bentuk fastback yang diperagakan oleh Astina sebenarnya beransur ke penggantinya iaitu Mazda Lantis. Uniknya, ia hadir dengan pilihan enjin 2.0L V6 tetapi untuk pasaran Jepun sahaja.

Kegemaran Hero Malaya, Mazda Astina adalah ikon kereta tahun 90-an! 11

Astina yang paling premium, versi Eunos 100.

Mungkin selepas ini kami akan bercerita mengenai Mazda Lantis pula tetapi buat masa sekarang, biarlah Astina menggamit memori sang Romeo.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru