window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia

Mersita · Dec 12, 2020 11:55 AM

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 01

Sudah jadi lumrah dunia, yang cantik-cantik selalunya direbuti dan susah nak dapat. Apa yang kita orang biasa-biasa boleh buat hanyalah memandang dari jauh dan pasang angan-angan percuma.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 02

Pandang saja kan percuma...

Tapi, bila bercakap pasal apa yang cantik, pasti lain orang lain pendapatnya. Kecantikan itu cukup subjektif, ia bergantung kepada minat dan persepsi masing-masing.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 03

Lama-kelamaan anda akan tak kisah dengan rupa bentuknya..

Kita juga perlu ingat yang kereta-kereta cantik tak semestinya kereta mahal saja. Ada saja kereta-kereta biasa di luar sana yang cukup cantik dan bergaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 01

Penggayaan 'botol Coke' untuk zaman moden

Bagi entri Top Rank kami kali ini, kami akan nyalakan ‘spotlight’ pada 11 kereta biasa yang paling cantik yang pernah dijual di Malaysia. Kereta-kereta yang kami senaraikan di sini terdiri daripada campuran kereta baru dan lama.

Fiat Coupe

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 02

Bagi mereka yang terlalu muda dan tak sempat mengenali kereta ini semasa zaman popularnya, ataupun belum baca lagi senarai Top Rank kami bagi jenama yang gagal di Malaysia, Fiat amat dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan hatchback Itali yang murah.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 03

Masuk ke zaman 90-an, Fiat memperkenalkan salah satu kereta sport yang nampak paling ‘berani’ iaitu Fiat Coupe. Kereta ini direka oleh Chris Bangle yang dikenali ramai sebagai orang yang membentuk jenama BMW pada tahun 2000-an.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 04

Coupe ini mempunyai ciri-ciri utama rekaan Bangle dengan garisan tajam di sekitar badan kereta dan pada masa yang sama mengekalkan kecantikannya yang luar biasa. Ia berjaya menarik sekumpulan peminat di Malaysia dan model ini barangkali kereta sport Itali mampu milik yang terakhir masuk ke pasaran Malaysia.

Honda Civic EF

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 05

Berbalik pada tahun 80-an, kita dipersembahkan pula dengan Honda Civic yang pastinya yang paling cantik setakat ini.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 06

Civic generasi keempat yang lebih dikenali dengan kod chassisnya iaitu EF, menayangkan rekaan yang rendah dan kemas. Rekaan ini adalah penambahbaikan daripada rekaan “crouching form” pada model generasi sebelumnya.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 07

Walaupun versi sedan dah cukup cantik, kami rasakan yang versi hatchback lebih cantik dan ia sudahpun menjadi satu lagenda dikalangan peminat-peminat kereta di Malaysia – walaupun ia diberi nama aneh iaitu ‘Civic Mayat’.

Mazda 323 Astina

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 08

Apabila berbincang tentang estetika zaman 80-an, anda mungkin akan terbayang kereta dengan rekaan ‘wedge’ tajam dan paling ketara sekali ialah lampu hadapan ‘pop-up’.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 09

Walaupun Mazda telah menambah perincian estetik rekaan lampu hadapan ini yang membuatkan NA MX-5 cukup menarik, ia menjadikannya sebuah kereta sport yang terlalu mahal bagi marhaen di Malaysia. Tapi, bersyukurlah yang mereka menambah rupa bentuk bergaya ini kepada fastback ‘sporty’ yang lebih mampu milik sedikit.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 10

323 Astina ialah versi yang lebih ‘sporty’ bagi 323 yang tampak biasa-biasa saja. Ia mempunyai rekaan yang ‘sleek’ dan licin, dan ia juga ada lampu yang boleh dinaikkan dan diturunkan. Ia jadi lebih menarik kerana Astina boleh dimiliki dengan harga murah masa kini, tapi yang pastinya ia berusia lebih 30 tahun, oleh itu bahagian pasti sukar untuk dicari.

Kia Picanto (Generasi ketiga)

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 11

Selalunya, bagi kereta spesifikasi rendah segmen A, ia sememangnya tampil ‘basic’ dan jarang sekali dianggap cantik. Tapi, dengan caranya yang tersendiri Kia berjaya membuatkan Picanto sebagai salah satu kereta yang paling menarik dari segi rupa bentuk dan rekaannya.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 12

Ruang dalaman yang cantik dan kemas

Jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya, Kia Picanto generasi ketiga tampil lebih bergaya sebagai kereta segmen A jika dibandingkan dengan Perodua Axia Style. Malah, model asas KX nampak cantik walaupun dengan ‘hubcap’ plastik.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 13

Malangnya, walaupun dengan rupa bentuknya yang cantik, ia tak cukup bagus untuk Kia. Memandangkan masa depan jenama Korea itu agak bergolak di Malaysia, anda boleh dianggap bertuah jika anda dapat membeli model serba baru. Tapi buat masa ini, saluran terbaik anda pastinya pasaran kereta terpakai.

Mazda 3 Hatchback

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 14

Mazda 3 Hatchback dengan mudahnya menawan hati ramai orang di Malaysia. Mazda mengekalkan momentum mereka dalam menghasilkan kereta yang nampak cantik tanpa harga yang terlalu melampau. Mazda 3 Sedan juga nampak cantik tapi Hatchback pastinya berada di tahap yang lebih tinggi dalam aspek ini.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 15

Rekaan Mazda 3 Hatchback adalah berasaskan Mazda Kai Concept dari Tokyo Motor Show 2017. Nasib baik Mazda membuat keputusan untuk mengekalkan sebahagian besar daripada rekaannya bagi produksi Mazda 3. Ia dikemasi dengan ruang dalaman yang nampak premium dan ditambah pula dengan rupa bentuk luaran yang menawan.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 16

Nissan Almera Turbo

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 17

Nissan Almera generasi sebelumnya tak cukup sedap dipandang. Ia mungkin berjaya menarik perhatian ramai rakyat Malaysia tapi ia mungkin disebabkan oleh harganya yang rendah, dan bukannya kerana rupa.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 18

Almera yang terkini pula bukan saja dinaiktaraf dari segi kelengkapan tapi juga pada rupa bentuknya. Dari model sebelumnya yang nampak kurang menarik, rupa bentuk baharu Almera serba baru ini sememangnya menyegarkan mata.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 19

Gril V-motion, penggayaan seperti coupe, dan elemen ‘floating roof’nya membuatkannya tampak menonjol. Almera ialah sebuah kereta yang cantik dan boleh jadi lebih cantik daripada Honda City. Harganya mungkin tinggi sedikit tapi nampak gayanya ia agak berbaloi dengan peningkatan yang diberi.

Nissan Cefiro A31

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 20

Nama Cefiro ada dua sisi yang berbeza. Model terdahulu dilihat sebagai kereta yang selesa dan digemari oleh lelaki pertengahan umur – ia digelar “UncleMobile” setanding dengan Toyota Camry.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 21

Tapi, Cefiro generasi pertama bukan saja dibina untuk menjadi kereta yang selesa, ia sepatutnya menjadi model ‘flagship’ bagi Nissan. Ini adalah sebelum ‘drifters’ perasan yang kereta ini ada potensi yang boleh dieksploit.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 22

ARC-X Concept yang menjadi A31 Cefiro

Rekaan A31 adalah berdasarkan sebuah kereta konsep iaitu ARC-X dari Tokyo Motor Show 1987. Eloklah yang Nissan mengekalkan sebahagian besar daripada elemen rekaannya dengan garisan berlekuk dan menawan kerana terus-terang kami katakan, A31 nampak seperti sebuah kapal angkasa beroda empat sejak dari 30 tahun yang lalu sehinggalah ke hari ini.

Peugeot 208

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 23

Orang Perancis sememangnya ‘terer’ dalam rekaan mereka dan menghasilkan beberapa kereta tercantik di pasaran. Imbas semula, antara kereta tercantik yang pernah dihasilkan kebanyakannya kereta Perancis, contohnya Citroen DS dan Peugeot 504.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 24

Pastinya ramai yang seronok apabila Nasim membawa masuk 208 hatchback yang memang cantik rupa bentuknya ke Malaysia. Dijual pada harga bawah RM 100,000 apabila ia dilancarkan di sini pada tahun 2013, ia berjaya membawa gaya Eropah yang ‘cool’ dan ‘chic’ di jalanraya kita.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 25

Memandangkan ia kereta Perancis, kos penyelenggaraannya pastinya lebih tinggi berbanding kereta-kereta Jepun biasa. Tapi, masih ada yang tak kisah akan perkara ini kerana hatchback ini memang cukup mengancam.

Proton Putra

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 26

Ia bukannya rekaan asal Proton, tapi inilah satu-satunya model coupe Proton setakat ini yang mempunyai rekaan yang ringkas, membulat dan cantik – rekaan yang hampir sama dengan Wira dan Satria.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 27

Tapi, apa yang membuatkan Putra masuk ke senarai ini dan bukannya disebabkan oleh sepupu sedan, aeroback, atau hatchbacknya – tapi kerana ia ‘rare’. Bukan selalu anda nampak contoh yang asli di jalanraya kita kerana kebanyakannya sudahpun diubahsuai dengan perlbagai jenis sayap dan 'body kit'.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 28

Memandangkan Putra dipasarkan sebagai kereta sport (lebih kurang), Proton melengkapkan ruang dalamannya dengan pelbagai kelengkapan yang membuatkannya nampak seperti kereta lumba termasuklah tempat duduk Recaro dan stereng Momo empat ‘spoke’. Maka, tak hairanlah model tanpa ubah-suai dicari-cari oleh peminatnya.

Toyota Corolla Altis

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 29

Agak menarik untuk difikirkan yang Toyota, satu jenama yang dikenali ramai sebagai pembuat kereta yang paling tahan lasak tapi juga dengan rekaan yang membosankan, sudah mula membuat peningkatan sejak kebelakangan ini.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 30

Camry terkini nampak cantik, tapi kami rasakan kita patut beri perhatian lebih kepada Corolla Altis generasi ke-12 yang terkini. Jika dibandingkan dengan pesaingnya (selain daripada Mazda 3), Corolla Altis sememangnya nampak sangat cantik. Mungkin ia tidak begitu berkuasa tinggi, tapi rupa parasnya cukup menawan.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 31

Menggelar Corolla sebagai kereta yang cantik bukanlah sesuatu yang dianggap masuk akal (selain daripada KE70 Liftback yang ‘rare’), tapi Corolla yang terbaru membuktikan yang salah satu kereta paling popular di dunia pun perlukan masa untuk mekar sebagai antara yang paling cantik.

Volkswagen Arteon

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 32

Apabila Volkswagen melancarkan CC (dan seterusnya dengan nama Passat) pada tahun 2008, ramai yang tertanya-tanya kenapa ‘kereta rakyat’ ini mahu bersaing dengan Mercedes-Benz CLS. Selepas itu, Arteon masuk ke gelanggang bagi menggantikan CC dan nampak gayanya Volkswagen berjaya mengalahkan jenama mewah itu.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 33

Walaupun bukan dalam aspek lain, tapi sekurang-kurangnya dari segi rupa parasnya. Arteon yang ditunggu ramai akhirnya dilancarkan di Malaysia tahun ini. Tapi, dengan model facelift yang akan datang, kami dapat bayangkan betapa cantiknya coupe 4 pintu Volkswagen itu nanti.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 34

Pintu tanpa bingkai, grilnya yang besar dan cantik, serta rekaan coupe yang anggun memberikannya aura seperti kereta Audi tapi dengan harga yang lebih rendah. Ia juga lebih selesa berbanding BMW 3 Series dan Mercedes-Benz C-Class.

Kereta biasa paling cantik yang pernah dijual di Malaysia 35

Itu saja, 11 kereta biasa yang paling cantik yang pernah dijual di dalam pasaran Malaysia. Seperti yang anda boleh lihat, ada yang serba baru dan ada juga yang pernah dijual di sini suatu ketika dulu, tapi setiap satu boleh dianggap seperti kereta biasa yang boleh dimiliki dengan mudah mengikut zamannya.

Siapa kata hanya orang kaya yang boleh miliki kereta cantik dan bergaya?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Mazda 3 Hatchback 1.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda