window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k

Faisal · Aug 12, 2020 01:00 PM

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan VW Arteon 2020 serba baru di Volkswagen Tour hari ini. Dipasang di Pekan, Pahang (CKD), kita memperolehi varian 2.0 TSI R-Line yang berharga RM 221,065.

Prestasi

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Arteon berkongsi tren kuasa yang sama seperti VW Passat Elegance 2.0 TSi dengan enjin berkuasa 190 PS dan 320 Nm tork. Ia disambungkan ke transmisi 7-kelajuan automatik klac-kembar jenis basah (DSG) yang dipacu ke roda hadapan.

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 01

Menurut Volkswagen, 0-100 km/j mengambil masa selama 7.7 saat dan kelajuan tertingginya mencecah 239 km/j. Angka kecekapan bahan api adalah 6 liter / 100 km.

Ciri-ciri

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 02

Gril dan lencara R-Line

Untuk harganya, Arteon didatangkan dengan::

  • Pakej visual R-Line
  • Roda ‘Montevideo’ 19-inci
  • Lampu LED adaptif di bahagian hadapan dengan LED DRL
  • Lampu LED di bahagian belakang
  • Sistem penyesuaian casis Dynamic Chassis Control
  • Sistem camera 360 darjah
  • Paparan Digital Cockpit 11.7-inci (paparan kombinasi digital pelbagai maklumat)
  • Paparan infotainment skrin sesentuh Discovery Navigation Pro 9.2-inci
  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Kerusi depan ‘ErgoComfort’ dengan 14 arah
  • Kawalan iklim automatik tiga-zon
  • Pintu but belakang yang berkuasa
  • Ruang but bersaiz 563 liter
  • 7 beg udara
  • ABS, EBD, EBA, ASR, DSC, ESP & Hill Start Assist

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 03

Roda 19-inci 'Montevideo'

Terdapat 5 pilihan warna untuk dipilih: Oryx White Pearl, Manganese Grey, Urano Grey, Deep Black, Pyrite Silver, dan Turmeric Yellow.

Sorotan penting

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 04

Elemen yang paling menarik adalah reka bentuk fastback - garis bumbung yang licin bergabung lancar dengan bahagian belakang. Sentuhan reka bentuk lain yang cantik pada Arteon ialah tingkap tanpa bingkai dan pintu but hatchback yang luas untuk diakses.

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 05

Sentuhan istimewa R-Line

Seperti namanya, Arteon dilengkapi pakej aksesori luaran dan dalaman R-Line. Di luar, terdapat bumbung berwarna dan cermin pintu bawah berwarna hitam matte, bampar depan R-Line dengan sentuhan gloss black di bahagian pengambilan udara dan juga spoiler kecil di belakang. Melengkapkan rupa parasnya adalah lencana R-Line pada beberapa bahagian.

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 06

Di bahagian dalam, stereng datang dengan kemasan kulit serta paddle shifter. Tempat duduk dalaman juga diperbuat daripada kulit Nappa dengan jahitan kontras. Infotainment di dalam kereta dikendalikan oleh sistem 'Dynaudio Confidence' yang menghasilkan muzik melalui penguat suara 700-watt, 16-saluran digital dan 11 pembesar suara.

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 07

Selain itu, bahagian dalam dilengkapkan dengan sentuhan aluminium, bumbung bersalut Titanium Black dan ambient lighting dengan pilihan 3 warna.

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 08

Kerusi belakang memuatkan 5 penumpang dengan selesa

Berasaskan platform Modular Transverse Matrix (MQB), inilah dimensi Arteon dengan Passat Elegance dari segi saiz:

Perbandingan Saiz
Model VW Arteon VW Passat Elegance
Panjang 4,862 mm 4,775 mm
Lebar 1,871 mm 1,832 mm
Tinggi 1,427 mm 1,462 mm
Jarak roda 2,841 mm 2,786 mm

Seperti yang ditunjukkan oleh jadual, dimensi Arteon lebih besar berbanding dengan Passat.

Harga dan promosi

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 09

Sedan anggun ini berharga RM 221,065 (berdasarkan pengecualian cukai jualan sehingga 31 Disember 2020) dan dilengkapi dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun dan jaminan untuk jarak tanpa had selama 5 tahun.

VPCM juga menawarkan potongan harga dan promosi untuk tempahan yang dibuat pada acara ini (12-16 Ogos 2020).

VW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k 10

Satu lagi model Volkswagen yang panas di acara

Acara ini juga turut disertai pelancaran Passat R-Line 2020 dan Tiguan Allspace 2020 7 tempat duduk jenis Highline dan R-Line.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda