window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kepada peminat kelab bola sepak MU, ini peluang anda miliki motosikal edisi khas!

Khairil · Aug 4, 2021 07:00 PM

Kepada peminat kelab bola sepak MU, ini peluang anda miliki motosikal edisi khas! 01

Satu kolaborasi diantara kelab bola sepak, MUFC dan pengeluar motosikal sedang dirancang bagi menghasilkan motosikal edisi khas membabitkan pasukan berkenaan, tidak lama lagi.

Tetapi jangan begitu teruja, kelab bola sepak MUFC yang diperkatakan bukanlah kelab gergasi Britain, Manchester United, tetapi kelab Liga Super Malaysia yang menggunakan akronim serupa iaitu Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC).

Juga baca: Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan Harian Metro, motosikal edisi khas itu akan menggunakan warna keramat kelab itu iaitu hijau bersama corak grafik ekslusif yang dinonim dengan gelaran skuad Hang Tuah.

Kepada peminat kelab bola sepak MU, ini peluang anda miliki motosikal edisi khas! 01

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim

Perkembangan menarik itu diberitahu oleh Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Seri Justin Lim yang menyatakan pihaknya kini sedang dalam perancangan akhir untuk menghasilkan motosikal edisi khas itu.

Lebih menarik, motosikal berkenaan boleh menjadi milik peminat setia MUFC menerusi cabutan bertuah menerusi pembelian tiket perlawanan.

Kepada peminat kelab bola sepak MU, ini peluang anda miliki motosikal edisi khas! 02

Begitupun, berikutan situasi semasa yang menyaksikan peminat tidak dibenarkan ke stadium buat masa ini, ia terpaksa ditangguhkan sehingga tiba masa yang sesuai.

"Jika JDT FC ada kereta edisi khas Aston Martin, kita pula akan ada motosikal edisi khas MUFC. Walaupun tidak sebesar apa yang ada pada JDT FC, tapi kita anggap ini satu permulaan yang baik untuk kelab di masa akan datang.

Kepada peminat kelab bola sepak MU, ini peluang anda miliki motosikal edisi khas! 03

Antara aksi pemain MUFC. Sumber imej: FB MUFC

"Apabila motosikal berkenaan diperkenalkan, pihak kami bercadang untuk menghadiahkan motosikal terbabit kepada penyokong MUFC menerusi cabutan bertuah," kata Justin.

Kepada peminat kelab bola sepak MU, ini peluang anda miliki motosikal edisi khas! 04

Sebagai tambahan, MUFC juga ketika ini sedang bekerjasama dengan Geng Tayar Besar (GTB) untuk menghasilkan motosikal edisi khas MUFC yang akan diperkenalkan kepada umum kelak.

Kepada penyokong MUFC yang berminat, mereka juga boleh membeli motosikal edisi khas itu dengan kesemua keuntungannya akan disalurkan kepada kelab terbabit untuk tujuan pembangunan bola sepak.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda