window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’!

Khairil · Jul 26, 2021 09:00 AM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 01

Sebagai salah satu syarikat pengeluar motosikal terkemuka dunia yang turut bersaing di kancah MotoGP, KTM begitupun tidak fokus dalam segmen 'Sportbike' dengan model yang paling besar dalam kelas berkenaan adalah KTM RC 390.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 02

Justeru, penghasilan KTM RC 8C, yang menggunakan enjin bersesaran lebih 800 cc cukup dinantikan sekaligus mendapat sambutan yang cukup luar biasa.

Juga baca: Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021!

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 03

Tampil dengan reka bentuk yang diinspirasi daripada jentera yang beraksing di Moto2 dan MotoGP, KTM RC 8C turut menggunakan pelbagai teknologi yang 'disedut' daripada jentera lumba berkenaan.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 04

Antaranya adalah dengan penggunaan kerangka yang 'Super' ringan selain penggunaan teknologi kevlar di bahagian panel yang menyaksikan beratnya hanya 140 kg. Sebagai perbandingan, ia lebih ringan berbanding Yamaha R15.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 05

Dari sudut trenkuasa, ia menggunakan enjin 889 cc LC8c, Parallel Twin yang digunakan oleh 890 Duke R dengan talaan yang dibuat menyaksikan kuasa yang dihasilkan adalah 128 Hp dan tork 101 Nm.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 06

Justeru bersama berat 140 kg, KTM RC 8C menghasilkan ratio kuasa-ke-berat menghampiri 1:1 yang bermakna ia tidak mempunyai masalah bersaing dengan jentera lebih berkuasa serta mampu memberi keseronokan di atas litar.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 07

Antara spesifikasi premium yang dipadankan dengan KTM RC 8C termasuk penggunaan brek Brembo, suspensi dari WP APEX PRO, rim dari Dymag dan ekzos Akrapovic titanium. Lebih menarik, ia turut mempunyai 'winglet' seperti yang digunakan oleh jentera MotoGP KTM, RC 16.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 08

Selain itu, KTM RC 8C turut dilengkapi dengan panel kluster instrumen yang canggih iaitu AIM MXS 1.2 Race bersaiz 5 inci LCD berwarna TFT bersama fungsi GPS.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 09

Daripada 100 pembeli yang bertuah, 25 daripadanya turut mendapat 'kegembiraan' berganda apabila berpeluang untuk menyertai pasukan ujian Red Bull KTM Factory Racing dalam sesi istimewa di Litar Jerez, Sepanyol.

Tak sampai 5 minit, kesemua 100 unit KTM RC 8C habis ‘disambar’! 10

Selain memperoleh pakej istimewa termasuk set tambahan untuk rim Dymag, cakera depan dan belakang tambahan, pemanas tayar dan karpet lumba KTM, mereka juga berpeluang untuk menunggang disampul Dani Pedrosa dan Mika Kallio.

Sumber: Autoevolution

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda