window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit!

Khairil ยท Jul 21, 2021 07:00 PM

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 01

KTM akhirnya melancarkan jentera 'Sportbike' yang amat dinanti-nantikan, KTM RC 8C yang diinspirasi daripada jentera Moto2 yang pernah bersaing di Kejuaraan Motosikal Dunia oleh firma Austria itu.

Juga baca: Dijual 500 unit seluruh dunia, 180 Hp, inilah KTM 1290 Super Duke RR 2021!

Begitupun sedikit malang, motosikal itu dibina khas hanya untuk kegunaan di atas litar dan bukannya versi produksi secara besar-besaran dengan unit yang dijual terhad kepada 100 unit seluruh dunia.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 01

Sebagai antara pasukan paling berjaya di arena MotoGP (Kelas Moto2 dan Moto3), KTM menjadi satu-satunya jenama yang tidak mempunyai motosikal produksi dalam segmen 'Sportbike' bersesaran besar dalam saingan berkenaan.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 02

Berbalik kepada KTM RC 8C, selain reka bentuk yang mirip jentera Moto2, antara teknologi yang 'dipinjam' oleh KTM RC 8C dari jentera Moto2 ialah kerangka yang 'Super' ringan selain penggunaan teknologi kevlar di bahagian panel.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 03

Trenkuasa tidak menggunakan enjin yang dibekalkan Triumph iaitu 765 cc, 3 Silinder yang digunakan di Moto2, namun menggunakan enjin keluaran syarikat itu sendiri 889 cc LC8c, Parallel Twin yang digunakan oleh 890 Duke R.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 04

Kuasa yang dihasilkan ialah 128 Hp dan tork 101 Nm. Digandingkan dengan berat yang hanya 140 kg, KTM RC 8C menghasilkan ratio kuasa-ke-berat menghampiri 1:1 yang bermakna ia tidak mempunyai masalah bersaing dengan jentera lebih berkuasa serta mampu memberi keseronokan di atas litar.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 05

Sebagai jentera edisi khas dan hanya terhad untuk kegunaan di litar, perkakasan yang diberikan kepada KTM RC 8C juga premium termasuk penggunaan brek Brembo, suspensi dari WP APEX PRO, rim dari Dymag dan ekzos Akrapovic titanium.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 06

Namun apa yang lebih menarik, ia turut mempunyai sayap angin seperti yang digunakan oleh jentera MotoGP KTM, RC 16.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 07

Bagi memberikan segala maklumat dan data kepada pemilik ketika beraksi di litar, KTM RC 8C turut dilengkapi dengan panel kluster instrumen yang canggih iaitu AIM MXS 1.2 Race bersaiz 5 inci LCD berwarna TFT bersama fungsi GPS.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 08

Sistem ini akan membenarkan pemilik RC 8C untuk meneliti log prestasi enjin, pelarasan ECU dan pelbagai data penting untuk pelumba.

KTM RC 8C Edisi Terhad dilancar. 'Sportbike' khas untuk litar lumba, cuma 100 unit! 09

Tiada harga rasmi diumumkan namun ia pastinya datang dengan harga yang agak tinggi dan jika berminat, anda boleh melayari laman web KTM untuk maklumat lanjut.

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancar di Eropah, lebih garang, agresif

Untuk KTM, jika maklum balas yang diterima daripada RC 8C memuaskan, tidak mustahil syarikat berkenaan akan menggunakannya sebagai asas untuk memasuki segmen Sportbike di masa depan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda