KTM 125 Duke (2021) dilancar di India, pencabar utama Yamaha MT-15 di sana

Khairil · 2020-12-10 17:00:00

KTM India melancarkan versi terbaru KTM 125 Duke (2021) dengan beberapa perubahan 'kosmetik', baru-baru di pasaran negara berkenaan bersama harga permulaan RS150,010 (RM8,258).

Versi paling 'bongsu' dalam keluarga Duke ini dikatakan akan menjadi pencabar utama kepada Yamaha MT-15 berdasarkan harganya di India.

Berdasarkan sudut reka bentuk, ia mendapat beberapa pembaharuan yang diambil daripada 'abangnya' KTM 200 Duke. Ia tampil dengan gaya lebih agresif dan tajam dengan tempat duduk dan ranggi.

Tanpa perubahan ketara dari sudut enjin dan kuasa, KTM 125 Duke 2021 begitupun mendapat pembaharuan dari sudut frame baharu 'split trellis' selain menggunakan lampu LED DRL.

Selain itu, reka bentuk tangki minyak turut diubah bagi memberikan lebih keselesaan kepada penunggang yang menyaksikan kapasitinya turut bertambah besar kepada 13.5 liter.

KTM berkata, ergonomik KTM 125 Duke juga diperbaiki bagi menawarkan lebih kawalan kepada penunggang dan pembonceng.

Dari sudut kuasa, enjin berkuasa 124.7cc ini berupaya menghasilkan kuasa maksimum 14.5Hp pada 9250 rpm dan tork sebanyak 12Nm pada 8,000 rpm.

Seperti versi sebelum ini, KTM 125 Duke juga menggunakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) satu saluran.

Sekali pun harga KTM 125 Duke di India boleh disifatkan 'agak mahal' berbanding pesaingnya dari kelas sama, ia antara model yang laris di negara berkenaan.

KTM 200 Duke yang dijual di pasaran Malaysia

Tidak dapat dipastikan sama ada Duke versi 125cc ini akan dibawa masuk ke pasaran tempatan kerana KTM Malaysia sudah pun menawarkan model paling hampir, KTM 200 Duke.

Tetapi jika harga yang ditawarkan kompetitif, tidak mustahil ia boleh mendapat sambutan di negara ini.

 

Khairil

Khairil Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia