window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k!

Khairil · Feb 3, 2023 06:00 PM

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 01

KTM meningkatkan kemampuan ‘off-road’motosikal 'lasak' aras mulanya, KTM 390 Adventure yang kini dipadankan dengan rim jenis 'spoke' atau 'lidi' bagi versi terbaharu 2023. 

Model berkenaan, yang turut dijual di pasaran Malaysia sebelum ini menggunakan rim jenis aloi.

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti rim aloi, saiz rim jenis lidi itu kekal kepada 19 inci (depan) dan 17 inci di roda belakang bersama saiz tayar 130/80. Selain penggunaan set 'kasut' baharu, tiada perubahan dibuat KTM daripada spesifikasi lain.

Juga baca: KTM RC 390 (2022) generasi baharu 'mendarat' di Malaysia, debut di GP Malaysia 2022, harga asas RM 33.8k!

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 01

Di bahagian trenkuasa, KTM 390 Adventure (2023) kekal dengan enjin bersesaran 373 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 02

Klac yang digunakan lengkap dengan teknologo 'PASC antihopping' dengan kuasa dihamburkan adalah 44 Hp pada 9,000 rpm dan tork 37 Nm pada 7,000 rpm.

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 03

Seperti motosikal moden lain, KTM 390 Adventure (2023) menggunakan sistem ‘ride-by-wire’ dan memiliki ciri seperti Kawalan Traksi, 'Cornering ABS' dan mod ‘off-road’ yang membolehkan ABS dinyahaktifkan.

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 04

Menggunakan kerangka ‘steel trellis’, KTM 390 Adventure (2023) dipadankan dengan sistem suspensi WP Apex boleh laras (depan dan belakang) manakala sistem menggunakan cakera tunggal 320 mm dengan kaliper ByBre 4 Piston (depan) dan cakera 230 mm dengan kaliper 1 piston (belakang).

Juga baca: KTM 200 Duke 2021 dilancarkan di Malaysia - 26 hp, 6 gear, harga runcit RM 12,888!

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 05

Ciri-ciri lain termasuklah penggunaan panel meter TFT 5-inci, berat 161 kg, pelana boleh laras 830/855 mm, tangki bahan api 14.5 liter dan visor angin.

KTM kemas kini KTM 390 Adventure (2023), lagi lasak, guna rim 'lidi', harga RM 31.5k! 06

KTM menawarkan dua pilihan warna bagi KTM 390 Adventure (2023) iaitu Hitam/Jingga dan Biru/Jingga bersama harga jualan di $ 7,399 (RM 31,576). 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda