window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace!

Faisal Β· Oct 23, 2023 09:00 AM

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 01

Selain Alphard generasi baharu, Toyota Vellfire generasi AGH40 turut dilancarkan ke pasaran Malaysia dan raja MPV model ini pula ditawarkan pada harga RM 438,000 tanpa insurans.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 02

Dari segi dimensi, perbezaan saiz Vellfire serba baharu dengan generasi pendahulu adalah seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Vellfire 2023 vs Vellfire lama
Dimensi Vellfire AGH40 Vellfire AGH30
Panjang (mm) 5,005 (+75) 4,930
Lebar (mm) 1,850 1,850
Tinggi (mm) 1,950 (+55) 1,895
Jarak roda (mm) 3,000 3,000

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 01

Berbanding Alphard, Vellfire tampil istimewa dengan gril, bampar dan lampu depan yang tersendiri di mana DRLnya hadir dengan grafik ala kristal.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 02

Begitu juga dengan bahagian belakang yang mana grafik lampunya tampil eksklusif dengan imej ala mata.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 03

Rimnya pula menggunakan set 19-inci yang sama dengan Toyota Alphard dan dari segi warna badan, pembeli ditawarkan dengan pilihan Platinum White Pearl, Precious Metal dan Black.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 04

Dari segi trenkuasa, Vellfire AGH40 dikuasai enjin 2.5L NA 2AR-FE yang menghasilkan 182 PS/235 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan (FWD) melalui transmisi CVT 7-kelajuan maya Super CVT-i. Kadar penggunaan petrolnya pula serendah 9.1 liter/100 km walaupun tiada ciri Auto Stop & Start.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 05

Satu lagi perbezaan mekanikal dengan Alphard adalah Vellfire hadir dengan Performance Brace depan.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 06

Masuk ke bahagian dalam, Vellfire tampil berbeza dengan Alphard melalui ketiadaan ciri paddle shift, head-up display (HUD) dan butang sterengnya adalah jenis konvensional. Tempat duduknya sendiri menggunakan bahan kulit sintetik dan sistem penapis udara Nanoe X hanya untuk corong penyaman udara depan sahaja. Malah, tombol gearnya menggunakan jenis konvensional.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 07

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 08

Perbezaan lebih ketara dapat dilihat pada baris kedua yang mana tempat duduk elektrik kapten pada Vellfire tidak hadir dengan ciri VIP seperti perehat tangan besar, kawalan jauh untuk operasi fungsi bahagian belakang, fungsi urut, pemanas perehat tangan dan Ottoman, cermin, meja individu, suis baring tempat duduk yang lebih hebat dan sistem walk-in.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 09

Di samping itu, penumpang belakang juga tidak ditawarkan dengan skrin multimedia 14 inci macam yang diberi pada Alphard.

Toyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace! 10

Tetapi selain daripada itu, ia kekal sama seperti Alphard. Jadi, dengan harga RM 100,000 yang memisahkan antara tahap sporty Vellfire dan kemewahan Alphard, yang mana satu anda pilih?

Juga bacaToyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP!

@wapcar_zamil Makin mewah, makin besar, dan makin mahal πŸ€™πŸ» #carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #malaysia #cartok #wapcar #toyota #toyotaalphard2023 #toyotavellfire2023 #alphardmalaysia #vellfiremalaysia #alphard #vellfire ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vellfire 2.5

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda