window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP!

Faisal Β· Oct 23, 2023 09:00 AM

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 01

UMW Toyota Motor (UMWT) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Toyota Alphard generasi AH40 ke pasaran kita. Raja MPV ini diimport (CBU) dari Jepun melalui varian 2.4T Executive Lounge dengan harga RM 538,000 tanpa insurans.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 02

Dari segi dimensi, perbezaan saiz Alphard serba baharu dengan generasi pendahulu adalah seperti di bawah:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Alphard AH40 vs Alphard AH30
Dimensi Alphard AH40 Alphard AH30
Panjang (mm) 5,010 (+65 mm) 4,945
Lebar (mm) 1,850 1,850
Tinggi (mm) 1,950 (+55 mm) 1,895
Jarak roda (mm) 3,000 3,000

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 01

Pada bahagian eksterior, lampu depannya datang dengan jenis Tri-LED dan lampu kabus LED. Lampu isyaratnya adalah jenis sequential dan DRL LED diterapkan terus pada bahagian gril.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 02

Lampu belakang jenis LED pula menampilkan grafik ala prisma.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 03

Melengkapi penampilan Alphard kali ini adalah rim dwi-tona 19 inci dan pembeli boleh memilih warna badan antara Precious Leo Blond, Platinum White Pearl, Precious Metal dan Black.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 04

Masuk ke bahagian dalam, tempat duduk depannya menggunakan pelaras berkuasa (8-hala untuk pemandu & 4-hala untuk penumpang) dan terdapat ciri pemanas dan penyejuk. Kesemua tempat duduk pula dibaluti bahan kulit Nappa.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 05

Roda stereng kulitnya sendiri menampilkan butang jenis elektrostatik, ciri pemanas dan kemasan kayu Uzuramoku yang berpaten bulu burung puyuh. Secara amnya, kabin Alphard baharu didominasikan oleh kluster digital 12.3 inci yang hadir sekali dengan head-up display (HUD). Melengkapinya adalah infotainment 14 inci yang ada sokongan Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 06

Antara ciri yang ada termasuklah sistem pembersih udara Nanoe X, pengecas nirwayar, pencahayaan persekitaran 64-warna dan sistem audio JBL dengan 15 pembesar suara.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 07

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 08

Istimewa untuk baris kedua adalah tempat duduk kapten VIP Executive Lounge yang lengkap dengan fungsi baring, urut dan Ottoman.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 09

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 10

Buat pertama kali untuk tempat duduk ini adalah dua peranti kawalan jauh yang berfungsi mengawal posisi duduk, fungsi pemanas/penyejuk, penyaman udara, tirai, bumbung panoramik dan pencahayaan. Selain itu, terdapat juga skrin multimedia 14 inci untuk hiburan penumpang belakang.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 11

Ciri lain yang dilengkapkan pada Alphard generasi baharu ini termasuklah cermin pandang belakang jenis digital, 7 port USB-C (2 di depan, 1 di konsol tengah, 2 di baris kedua & 2 di baring ketiga) dan plug AC 240W. Secara amnya, tema warna kabin MPV ini ditawarkan antara pilihan Beige atau Black.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 12

Beralih ke aspek trenkuasa, Alphard baharu datang dengan enjin 2.4L turbo (T24A-FTS) yang menghasilkan 278 PS/430 Nm. Kuasa dihantar ke roda depan (FWD) melalui transmisi automatik 8-kelajuan Direct Shift yang menggunakan tombol gear elektronik.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 13

Menurut Toyota, kadar penggunaan petrolnya adalah sebanyak 9 liter/100 km, lebih jimat daripada enjin 3.5L V6 pada generasi sebelum ini (9.4 liter/100 km).

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 14

Asas Toyota Alphard kali ini pula adalah dari platform TNGA-K yang menjanjikan tahap keselesaan dan perhalusan yang lebih mantap serta dinamik pemanduan yang lebih padu.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 15

Untuk aspek keselamatan, Alphard baharu lengkap dengan 6 beg udara dan ADAS Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi ciri:

  • Pre-collision system (PCS, kini dengan sokongan di simpang)
  • Lane departure alert (LDA)
  • Dynamic radar cruise control (DRCC)
  • Road sign assist (RSA)
  • Adaptive high-beam system (AHS)
  • Blind spot monitor, rear cross traffic alert (BSM, RCTA)

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 16

Mengenai 3.0, TSS ini menampilkan kamera depan yang dinaik taraf melalui imej lebih beresolusi tinggi dan sudut lebih lebar bagi meningkatkan kebolehan pengesan radar untuk tahap keselamatan yang lebih bagus.

Toyota Alphard 2023 generasi AH40 dilancar di Malaysia pada RM 538k - 2.4L turbo, tempat duduk VIP! 17

Secara standard, setiap pembelian datang terus dengan waranti 5 tahun tanpa had kilometer dan penyerahan akan berlangsung dalam masa terdekat. Selain daripada Alphard, Toyota Vellfire generasi baharu (AGH40) turut dilancarkan sekali, seperti yang kami laporkan di bawah.

Juga bacaToyota Vellfire 2023 generasi AGH40 dilancar di Malaysia pada RM 438k - 2.5L NA, Performance Brace!

@wapcar_zamil Makin mewah, makin besar, dan makin mahal πŸ€™πŸ» #carmalaysia #fypmalaysia #keretabaru #malaysia #cartok #wapcar #toyota #toyotaalphard2023 #toyotavellfire2023 #alphardmalaysia #vellfiremalaysia #alphard #vellfire ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda