window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k!

Khairil Ā· Feb 15, 2023 07:00 PM

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 01

KTM mencipta kejutan dengan menghasilkan jentera istimewa menerusi kerjasama dengan syarikat 'tuning' kenderaan berprestasi tinggi Jerman, Brabus dikenali KTM Brabus 1300 R Edition, tahun lalu dan versi terbaharu motosikal 'Naked' itu ditayang, baru-baru ini.

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 02

Seperti kebanyakan model istimewa dan edisi terhad lain, KTM Brabus 1300 R Edition yang menggunakan platform KTM 1290 Super Duke Evo itu cukup laris dan hanya memakan masa kurang sejam untuk habis ditempah. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan buat yang menunggu peluang, model berkenaan kembali di pasaran bagi versi 2023 dan menariknya, ia terlebih dulu ditayangkan di Vietnam dan bukannya Eropah.

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 01

Secara keseluruhan, hanya 290 unit motosikal berkenan dihasilkan dan dipecahkan kepada dua pilihan warna Superblack (145 unit) dan Stealth Gray juga 145 unit.

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 02

Tiada perbezaan ketara membabitkan rekaan mahupun spesifikasi trenkuasa KTM Brabus 1300 R Edition (2023) berbanding versi terdahulu namun ada beberapa perubahan di bahagian komponen yang diganti dengan fiber karbon dan CNC, perincian pelana dan set rim.

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 03

Di bahagian trenkuasa, KTM Brabus 1300 R Edition (2023) menggunakan enjin bersesaran 1,301 cc LC8, V-Twin yang menghasilkan kuasa setinggi 180 Hp pada 9,500 rpm dan tork 140 Nm pada 8,000 rpm. 

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 04

Sebagai jentera berprestasi tinggi, KTM Brabus 1300 R Edition (2023) turut memiliki lima mod tunggangan ā€˜Streetā€™, ā€˜Sportā€™, ā€˜Rainā€™, ā€˜Performanceā€™ dan ā€˜Trackā€™ sebagai kemudahan pengguna.

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 05

Sistem suspensi menggunakan fork USD jenama WP Apex semi-aktif yang lengkap dengan ciri pelarasan (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) juga dengan ciri pelarasan.  Sistem brek pula menggunakan cakera kembar (320 mm) depan dan cakera tunggal bersaiz 240 mm belakang.

KTM lancar KTM Brabus 1300 R (2023), tayang awal di Vietnam, terhad 290 unit, harga RM 199.5k! 06

Dijual pada harga 42,500 Euro (RM 199,507), motosikal berkenaan hanya boleh dibeli menerusi pra-tempahan atas talian yang dijadual mula dibuka esok (16 Februari).


 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda