window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak?

Mersita · Jan 6, 2021 04:00 PM

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 01

Aktiviti riadah berbasikal memang menyeronokkan. Bagi yang belum menceburi cabang hobi ini, mungkin ada yang kurang tahu tentang keseronokan sukan ketahanan atau ‘endurance’ ini yang juga dianggap sebagai satu sesi senaman kardio yang cukup bagus. Takkanlah setiap kali ‘gym’, nak layan ‘treadmill’ dan ‘spinning machine’ saja.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 02

Cantik, kan?

Tambahan pula, ‘customization’ atau penyesuaian yang boleh dibuat pada basikal ada pelbagai. ‘Suspension setup’, tayar, ‘handle’ serta ‘frame’ berlainan bagi tujuan berbeza boleh dipilih untuk menunggang di atas pelbagai jenis bentuk muka bumi. Ada yang boleh dibawa off-road, ada yang untuk naik Fraser Hill, ada juga untuk lebuh raya. Sama seperti mereka yang gemar ubahsuai kereta kesayangan mereka, keseronokannya lebih kurang sama dengan basikal juga.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 03

Dilarang tunggang basikal dengan laluan sebegini

Tapi, apabila semakin ramai yang tertarik dengan sukan berbasikal ini, semakin banyak pula pe’elnya. Ada yang dikecam kerana menunggang di laluan yang menyukarkan pengguna jalan raya lain, ada juga yang menunggang sambil membawa anak kecil dengan ‘carrier’ belakang badan. Ya, di luar negara memang ramai yang gemar membawa anak kecil keluar ‘outdoor’ bersama-sama. Apa yang boleh dikatakan ialah kondisi jalan, cuaca, keadaan, dan persepsi di sini adalah berlainan. Itu saja.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

OK, dah siap mukadimahnya. Jom kita lihat cadangan ini dengan minda dan hati yang lebih terbuka.

Cadangan ini mula didengar datangnya dari Faz Adhili, seorang pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong yang inginkan suasana jalan raya yang lebih mesra penunggang basikal. Memandangkan ia telah menjadi satu hobi gaya hidup aktif dan sihat yang semakin mendapat perhatian, apa salahnya kita cari jalan untuk jadikannya lebih selamat bagi semua pengguna jalan raya.

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya laluan motosikal dikongsi dengan penunggang basikal. Beliau sedar yang infrastruktur baru akan memakan belanja yang banyak.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 01

Gambar: Astro Awani

Faz juga memberitahu yang baru-baru ini beliau berkunjung ke Kementerian Belia dan Sukan untuk berbincang bersama-sama wakil Perbadanan Putrajaya, polis trafik, dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Cadangan beliau ialah untuk menutup laluan motosikal seperti di Lebuhraya Guthrie, KESAS, dan Lebuhraya Persekutuan khas bagi penunggang basikal sahaja pada hujung minggu. Faz berpendapat yang langkah ini lebih efektif kerana aliran trafik motosikal di Lembah Klang pada hujung minggu adalah rendah.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 02

Gambar: Facebook KL Car Free Morning

Seperti yang anda sudah sedia maklum, KL Car Free Morning sudahpun berjalan selama beberapa tahun dan ia mendapat sambutan baik di kalangan mereka yang ingin berekreasi dan bersenam dengan berbasikal pada pagi hujung minggu. Amalan sihat serta bebas karbon ini patut diperkasakan dengan lebih meluas lagi bukan saja di Lembah Klang tapi juga di seluruh negara.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 03

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pun gemar berbasikal

Lagipun, seperti yang kita dengar dari Ketua Polis Daerah Putrajaya sendiri, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali menerusi satu sesi temubual di Awani Pagi, beliau berkata yang aktiviti berbasikal dibenarkan di mana-mana sahaja tanpa permit.

Tapi, apabila hendak ditunggang di jalan raya, contohnya sebagai acara seperti Le Tour De Langkawi, pihak tersebut (penganjur) perlu memaklumkannya pada pihak polis supaya kawalan boleh dibuat.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 04

Gambar: Que Hsmn

“Tapi, bagi keadaan biasa untuk berekreasi atau untuk pergi ke kedai runcit dengan basikal, tak perlu permit pun. Boleh tunggang macam biasa kerana undang-undang sudah ada. Jalan saja mengikut peraturan. Sama saja seperti menunggang motosikal; lampu merah kita berhenti, ikut lorong yang disediakan dan jangan berbasikal secara berterabur,” tambah beliau lagi.

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 05

Rekaan menarik 'bicycle bell' dengan rekaan 'slim' (gelung hitam di sebelah kiri). Gambar: road.cc

Sukan atau aktiviti berbasikal haruslah diberi lebih perhatian terutama sekali dari segi keselamatan. Penguatkuasaan yang aktif dan lebih menyeluruh harus dibuat seperti mewajibkan pemasangan pemantul cahaya, lampu, brek, dan juga loceng. Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, kedai basikal diserbu penunggang basikal lewat ini yang mahu memasang kelengkapan ini untuk mengelak dari disaman.

Penunggang basikal di Putrajaya telah diwajibkan untuk melengkapi basikal mereka dengan brek, lampu dan loceng bermula 9 Januari 2021. Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata individu yang didapati bersalah akan dirujuk ke mahkamah dan boleh dikenakan denda maksimum RM2,000.

Pada hujung tahun lepas pula, pihak polis memberitahu orang awam melalui satu muat naik di Facebook yang penunggang basikal yang berbasikal di lebuh raya boleh dikenakan denda RM 1,000 di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesimpulan

Laluan motosikal patut ditutup hujung minggu khas untuk penunggang basikal? Setuju atau tidak? 06

Oleh itu, apa lagi alasan kita untuk menghalang aktiviti rekreasi yang sebenarnya bagus bagi rakyat? Aktiviti ini hanya perlu kawalselia dan undang-undang yang lebih ketat. Penulis berpendapat yang penguatkuasaan serta langkah efektif dan proaktif harus dilaksanakan secepat mungkin bagi mengawal penunggang basikal di jalan raya untuk keselamatan bersama. Pada masa yang sama, sediakanlah perancangan bagi mendorong perkembangan sukan sihat ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda