window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lamborghini Huracan tak dapat ganti rugi insurans lepas kereta dicuri, kemalangan dan terbakar!

Haris · Nov 16, 2021 09:00 AM

Lamborghini Huracan tak dapat ganti rugi insurans lepas kereta dicuri, kemalangan dan terbakar! 01

Seorang pemilik Lamborghini Huracan terpaksa berputih mata apabila Lamborghini Huracan miliknya berharga sekitar RM 1.1 juta dilaporkan dicuri, kemalangan dan terbakar oleh sepasang kekasih tetapi tidak dapat menuntut ganti rugi daripada pihak insurans.

Pemilik tersebut dikatakan telah hadir ke satu majlis perkahwinan sebelum mendapati bahawa pasangan pengantin yang berkahwin pada hari tersebut telah mencuri Lamborghini Huracán berwarna hijau miliknya. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kejadian kemalangan pula bermula apabila pencuri, Ali Zaman, 26, dikatakan cuba melakukan provokasi terhadap sebuah kenderaan lain ketika menunggu lampu trafik. Ali kemudiannya memecut Lamborghini Huracán yang dicuri tersebut sebelum terbabas dan melanggar kenderaan yang diprovokasi.

Lamborghini Huracan tak dapat ganti rugi insurans lepas kereta dicuri, kemalangan dan terbakar! 01

Tangkap layar kejadian tersebut

Rakaman video yang dirakam oleh individu amatur memperlihatkan Lamborghini Huracan tersebut telah dijilat api sejurus selepas kemalangan itu berlaku.

Walaubagaimanapun, Ali dan pasangannya dilaporkan hanya cedera ringan sahaja walaupun kemalangan yang berlaku sangat dahsyat.

Namun, seksa pemilik Lamborghini Huracán berwarna hijau tersebut masih lagi belum tamat apabila syarikat insurans dikatakan menolak tuntutan ganti rugi olehnya.

Lamborghini Huracan tak dapat ganti rugi insurans lepas kereta dicuri, kemalangan dan terbakar! 02

Gambar hiasan

Agen pemeriksa insurans, Richard Wright dalam satu kenyataan kepada mahkamah memberitahu bahawa “Polisi insurans pada supercar itu membenarkan sesiapa sahaja yang mempunyai kebenaran dan berumur atas dari 30 tahun untuk memandu kenderaan tersebut.

Malangnya, defendan Ali Zaman, yang berusia 25 tahun pada ketika itu, 'tidak memenuhi mana-mana kriteria yang ditetapkan', serta tidak mempunyai insurans pihak ketiga daripada dirinya sendiri.

Kesemua rakaman pemanduan Ali Zaman direkodkan di mahkamah Britain yang menyaksikan bahawa pengantin baru tersebut memandu secara berhemah kecuali ketika melakukan provokasi di lampu isyarat.

Ali Zaman juga tidak mempunyai rekod jenayah sebelum kejadian justeru mahkamah menjatuhkan hukuman tugas komuniti 18 bulan, dengan keperluan untuk menyelesaikan 180 jam kerja tanpa gaji dalam komuniti, hilang kelayakan memandu selama setahun, dan diarah membayar surcaj mangsa.

Baca: Trak vs Ferrari, pekerja langgar Ferrari GTC4Lusso kepunyaan bos akibat dibuang kerja!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Lamborghini Huracán EVO

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda