window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung!

Khairil · Jul 6, 2021 03:00 PM

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 01

Tragedi yang menyayat hati apabila dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut selepas motosikal ditunggang mereka bertembung di landasan lapangan terbang lama Tawau, Sabah.

Juga baca: Pemandu dibelasah setelah mengakibatkan 5 kenderaan kemalangan dan 1 maut

Menurut laporan media tempatan, kejadian disyaki berpunca daripada kegiatan lumba haram namun menurut keterangan daripada waris mangsa, seorang daripada mangsa ingin membeli sayur dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 5.30 petang itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 01

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas memetik laporan Harian Metro berkata, mangsa Rendy Salombe,15, dan Mohamad Ekhsan,16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 02

Menurut Umbuas, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal ditunggang mangsa bertembung sesama sendiri.

"Selain tidak memiliki lesen, ketika kejadian kedua-dua penunggang juga tidak memakai topi keledar dan disyaki mereka terbabit dalam aktiviti lumba haram," katanya dalam kenyataan.

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 03

Menurut laporan Utusan Malaysia pula, berdasarkan keterangan waris, Rendy menunggang motosikal dari Tanjung Batu Darat menuju ke Kampung (Kg) Vietnam untuk menghantar pengecas telefon bimbit manakala, Ekhsan dari arah Kampung Seri Menanti menuju ke Lapangan Terbang Lama untuk membeli sayur.

Tambah Umbuas, siasatan awal juga mendapati kedua-dua mangsa tiada lesen memandu selain tidak memakai topi keselamatan semasa menunggang motosikal.

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 04

Mangsa, Mohamad Ekhsan merupakan seorang pelajar tingkatan empat sementara Rendy Salombe tidak bersekolah.

Juga baca: Perodua Axia dirempuh Bezza di Lebuhraya Federal, ibu habis pantang maut

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 05

Dalam pada itu, saringan turut mendapati Mohamad Ekhsan positif Covid-19 dengan sampel darah kedua-dua mangsa turut diambil untuk dianalisis jika mengandungi alkohol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 06

Selain itu, polis ketika ini sedang mengesan pemilik sebenar sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu berikutan alamat pemilik berdaftarnya adalah di Semporna.

Landasan 'Airport' lama Tawau 'berdarah' lagi, dua remaja maut motosikal bertembung! 07

Sebelum ini, tular di media sosial gambar dan video rakaman kemalangan membabitkan dua buah motosikal dengan kedua-dua mangsa masing-masing terbaring di atas jalan.

Berdasarkan komen netizen, tragedi sama pernah berlaku pada sekitar tahun 2012 atau 2013 yang turut mengakibatkan kehilangan nyawa.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda