window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Axia dirempuh Bezza di Lebuhraya Federal, ibu habis pantang maut

Faisal Β· Apr 19, 2021 12:00 PM

Perodua Axia dirempuh Bezza di Lebuhraya Federal, ibu habis pantang maut 01

Seorang wanita yang memandu berseorangan tergadai nyawa apabila kereta Perodua Axia miliknya hilang kawalan sehingga terbalik akibat rempuhan dari belakang yang terlalu kuat oleh sebuah Perodua Bezza yang memandu secara melulu.

Kejadian yang berlaku pada waktu tengahari di Lebuh Raya Persekutuan itu berpunca dari pemandu Perodua Bezza yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kiri dalam keadaan laju sehinggakan merempuh mangsa yang duduk di lorong tengah.

Perodua Axia dirempuh Bezza di Lebuhraya Federal, ibu habis pantang maut 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, mangsa wanita yang berusia 33 tahun itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana mengalami kecederaan parah. Malangnya, nyawa mangsa tidak dapat diselamatkan namun lelaki yang memandu kereta Perodua Bezza itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Apa yang lagi menyedihkan ialah mangsa baru sahaja kembali bekerja setelah tempoh pantangnya selesai selepas melahirkan anak kedua beberapa bulan yang lalu.

Perodua Axia dirempuh Bezza di Lebuhraya Federal, ibu habis pantang maut 01

Menurut hasil ujian air kencing dan pernafasan, pemandu lelaki yang berusia 34 tahun itu didapati negatif dari sebarang bahan terlarang serta alkohol. Malah, dia telah dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Perodua Axia dirempuh Bezza di Lebuhraya Federal, ibu habis pantang maut 02

Apapun, siasatan berhubung kemalangan tragis ini masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda