window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lebuhraya SUKE dijangka buka 16 September - ada pengecas EV, laluan baru jimat masa dan petrol?

Mersita ยท Sep 13, 2022 06:00 PM

Lebuhraya SUKE dijangka buka 16 September - ada pengecas EV, laluan baru jimat masa dan petrol? 01

Penantian warga Lembah Klang untuk menikmati laluan lebuh raya baharu bakal berakhir dengan pembukaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dijangka boleh mengurangkan kesesakan di bahagian timur Kuala Lumpur.

Menurut hantaran di Twitter rasmi SUKE Expressway, Fasa 1 lebuh raya berkenaan dikatakan akan dibuka tidak lama lagi dan sebanyak 14 laluan pertukaran bakal tersedia di sepanjang lebuhraya berkenaan untuk menyuraikan trafik. Lebuhraya bertingkat berkepanjangan 24.4 km ini bermula dari Sri Petaling berhampiran Stadium Bukit Jalil dan berakhir di Jalan Hulu Kelang sekitar Ampang.

Lebuhraya SUKE dijangka buka 16 September - ada pengecas EV, laluan baru jimat masa dan petrol? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara tujuan utama pembinaan Lebuhraya SUKE yang memakan kos RM 7.5 bilion ini adalah untuk mengurangkan kesesakan teruk di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Ampang, Jalan Loke Yew, Cheras, Pandan Indah, serta Ampang. Laluan alternatif ini turut menghubungkan lebuh raya utama seperti MRR2, DUKE, AKLEH, BESRAYA, KL-Seremban, Cheras-Kajang dan KESAS.

Dengan adanya lebuh raya baharu ini, pengguna sudah tidak perlu menggunakan laluan berhampiran kawasan komersial dan perumahan yang mempunyai banyak persimpangan, lampu isyarat dan lain-lain memandangkan 90 peratus daripada jajarannya adalah ‘elevated’ atau bertingkat.

Lebuhraya SUKE dijangka buka 16 September - ada pengecas EV, laluan baru jimat masa dan petrol? 01

Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, SUKE dibangunkan sebagai sistem penyuraian trafik yang boleh mengurangkan kesesakan di MRR2 sehingga 24 peratus, Jalan Ampang 36 peratus, dan Jalan Loke Yew 12 peratus pada waktu puncak. SUKE dianggarkan boleh menjimatkan masa perjalanan kira-kira 25 minit, tambahnya lagi.

Bagi pengguna yang bergantung kepada MRR2 dalam perjalanan seharian pasti tahu betapa sesaknya lebuh raya berusia 10 tahun itu terutama sekali ketika waktu puncak, dimana kesesakan boleh berlarutan sehingga lebih sejam dan ia selalunya akan jadi lebih buruk ketika cuaca hujan. Tidak hairanlah jika sesetengah pengguna lebuh raya itu pernah berdepan masalah kehabisan minyak kereta apabila tersekat dalam kesesakan melampau.

Lebuhraya SUKE dijangka buka 16 September - ada pengecas EV, laluan baru jimat masa dan petrol? 02

Sebagai info, Lebuhraya SUKE yang mula dibina sejak 2016 dan bakal dibuka pada 16 September 2022 nanti akan dilengkapi dengan kawasan Rehat & Rawat (R&R) Tasik Tambahan, dua kawasan berhenti (lay-by area), tiga plaza tol, dan enam stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV).

Dengan rekaan dua laluan tiga lorong setiap satu dan lorong kecemasan berkeluasan tiga meter, Lebuhraya SUKE juga merupakan antara binaan lebuh raya termoden setakat ini di Malaysia.

Juga baca: Lebuh raya baru KL Node diusulkan untuk kurangkan kesesakan, ini kawasan terlibat

Pembinaan lebuh raya baru tidak akan kurangkan kesesakan, lebih galakkan kenderaan persendirian

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda