window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lelaki berbogel dipercayai 'mental' tunggang Yamaha 135LC cuba rempuh SJR!

Khairil ยท Jul 12, 2021 12:30 PM

Lelaki berbogel dipercayai 'mental' tunggang Yamaha 135LC cuba rempuh SJR! 01

Cuba rempuh Sekatan Jalan Raja (SJR) dalam keadaan bogel. Tetapi, tindakan lelaki berusia 28 tahun yang menunggang motosikal Yamaha 135LC dan dipercayai mengalami masalah mental itu bukan saja tidak berjaya, malah turut berdepan kecederaan.

Juga baca: PDRM bakal perketatkan SJR pada hujung minggu, hairan pergerakan rentas negeri meningkat

Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Batu Kawa Kuching, Sarawak, Jumaat lalu itu, suspek dikatakan enggan memberhentikan motosikalnya ketika ditahan dan cuba melanggar anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas di SJR berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Lelaki berbogel dipercayai 'mental' tunggang Yamaha 135LC cuba rempuh SJR! 01

Tindakannya begitupun mengundang padah selepas anggota bertugas terpaksa menggunakan kekerasan minima dengan menendang tayar depan motosikal itu.

Menurut laporan media, Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata suspek yang terjatuh dan mengalami luka di bahagian tangan dan kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan.

Juga baca: ‘Roadblock’ Plaza Tol Duta & Cheras Eko Mall diiktiraf SJR terbaik di Kuala Lumpur!

Menurut DSP Lim lagi, pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang berusia 28 tahun itu turut berada dalam keadaan mabuk.

Selain itu katanya, berlaku sedikit pergelutan kerana suspek turut bertindak sedikit agresif semasa ditahan.

Lelaki berbogel dipercayai 'mental' tunggang Yamaha 135LC cuba rempuh SJR! 02

Dan katanya, berdasarkan maklumat ahli keluarga, suspek mempunyai masalah mental dengan ketika ini polis menunggu laporan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda