window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

LRT rosak: Pemegang pas bulanan LRT Rapid My50, My30 mungkin diberi pampasan

Mersita · Nov 11, 2022 07:00 PM

LRT rosak: Pemegang pas bulanan LRT Rapid My50, My30 mungkin diberi pampasan 01

Operator perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), merancang untuk memberi pampasan kepada para pengguna pas bulanan LRT Rapid My50 dan My30 yang terkesan susulan gangguan perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya.

Gangguan perkhidmatan melibatkan 16 stesen di sepanjang LRT Laluan Kelana Jaya bermula petang Isnin (7 Nov) sehingga Selasa depan (15 Nov) bermaksud pengguna yang sudah membeli pas bulanan berkenaan mengalami kerugian.

LRT rosak: Pemegang pas bulanan LRT Rapid My50, My30 mungkin diberi pampasan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memetik laporan NST, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pengguna yang menggunakan pas-pas LRT Rapid akan diberi lanjutan berdasarkan tempoh penutupan perkhidmatan LRT berkenaan. Katanya, tidak adil bagi pengguna yang sudahpun membayar (untuk perkhidmatan LRT) tetapi tidak dapat menggunakannya.

Juga baca: LRT rosak, wanita disamun gara-gara menunggu kereta bapanya di LRT Sri Rampai

LRT rosak: Pemegang pas bulanan LRT Rapid My50, My30 mungkin diberi pampasan 01

Pampasan ini akan menyebabkan komplikasi kewangan, tapi tanggungjawab ini sebahagian besarnya akan ditanggung oleh Prasarana sebagai operator, tambahnya lagi.

“Perincian lanjut sedang dimuktamadkan dan akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya di sidang media yang berlangsung di Kompleks Rapid Rail Subang hari ini, lapor NST.

LRT rosak: Pemegang pas bulanan LRT Rapid My50, My30 mungkin diberi pampasan 02

Juga baca: 19 set tren baharu untuk LRT Kelana Jaya; TAPI kena tunggu Disember 2024, frekuensi 3 minit September 2023

Stesen-stesen yang ditutup susulan masalah teknikal yang membelenggu perkhidmatan tersebut melibatkan Stesen LRT Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount, Asia Jaya, Taman Jaya, Universiti, Kerinchi, Bangsar, Abdullah Hukum, KL Sentral, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dang Wangi, Kampung Baru, KLCC, dan Ampang Park.

Lebih daripada 120 bas perantara telah disediakan oleh Prasarana sejak Khamis bagi membantu kira-kira 200,000 pengguna yang terkesan dengan gangguan ini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda