window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Makcik ni jadi 'popular' gara-gara tunggang Yamaha RX-Z anak, tapi memang tak kekok!

Khairil · Feb 8, 2023 09:00 AM

Makcik ni jadi 'popular' gara-gara tunggang Yamaha RX-Z anak, tapi memang tak kekok! 01

Seorang wanita dan anak lelakinya menjadi 'popular' apabila video wanita itu menunggang motosikal 'lejen', Yamaha RX-Z tanpa kekok bukan saja tular di media sosial, malah pelbagai platform media tempatan.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berkenaan dikenali sebagai Siti Faiza Mohd Shafie berusia 53 tahun manakala anaknya, Mohd Danial Mohd Azamhur berusia 22 tahun.

Makcik ni jadi 'popular' gara-gara tunggang Yamaha RX-Z anak, tapi memang tak kekok! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mengulas mengenai video yang tular di laman TikTok yang memaparkan ibunya, Siti Faiza menunggang motosikal Yamaha RX-Z, Mohd Danial menjelaskan ia sebenarnya bermula sekadar suka-suka.

@danialipahh pov:bila mak kau rem2 dekat rumah jiran😭.....Korang jangan lupa masuk live sambut birthdays makrock malam ni‼️‼️#fyp #ibu #sayangibu #rxz ♬ Goda - Bhumiband

"Mak memang sudah biasa tunggang motosikal ada klac dan ketika tunggang Yamaha RXZ, dia saja 'rem' (pulas minyak) di depan rumah jiran yang juga adik ipar mak untuk bergurau (video yang tular)," kata Mohd Danial.

Menurut Mohd Danial yang juga mekanik sambilan berkata, motosikal berkenaan adalah kepunyaan rakannya dan ibunya sekadar mahu cuba menunggang selepas dibaiki malah pemilik motosikal itu sudah pun memberi keizinan untuk menunggangnya.

Makcik ni jadi 'popular' gara-gara tunggang Yamaha RX-Z anak, tapi memang tak kekok! 01

"Saya cuma baiki motosikal rakan saja dan itu yang saya minta mak bawa untuk ronda petang kerana mak sudah biasa tunggang motosikal ada klac, malah dia ada Yamaha Y15. Saya juga ada RXZ dan mak pernah juga sesekali tunggang motosikal saya, sebab itu mak nampak tidak kekok tunggang motosikal ada klac," katanya.

@danialipahh pov:mak healing naik rxz🖤#CapCut #fyp #ibu #sayangibu #rxz ♬ dawet jembot ireng - ovt,🥀

Mengulas konten di laman TikToknya, Mohd Danial berkata, dia pada mulanya sengaja merakam video ibunya menunggang motosikal itu dan dimuat naik ke aplikasi berkenaan untuk kenangan.

"Banyak komen positif yang kami terima dan ada cakap mak sempoi, rare sebab tunggang RXZ, ngam (rapat) dengan anak dan menyokong minat anak," katanya yang bekerja kilang di Tanjung Malim.

Makcik ni jadi 'popular' gara-gara tunggang Yamaha RX-Z anak, tapi memang tak kekok! 02

"Mak suka motor yang ada 'pickup' dan sebab itu saya cadang dia beli Y15 terpakai. Mak selalu sokong minat saya terhadap motosikal, malah dia tidak pernah larang saya sertai konvoi motosikal asalkan jaga keselamatan dan tidak tinggal solat," katanya.

@danialipahh Membalas kepada @𝓼𝓲𝓽𝓲 𝓷𝓸𝓻𝓮𝓱𝓪𝓷 💎 pov:mak kau merajuk sampai bawak rxz🥲 #fyp #ibu #sayangibu ♬ original sound - Hilman Hamzah

Sementara itu, Siti Faiza berkata, dia tidak melihat usia dan jantina sebagai penghalang untuk menunggang motosikal biarpun Yamaha RX-Z yang sering dikaitkan dengan 'jiwa kelajuan'.

Makcik ni jadi 'popular' gara-gara tunggang Yamaha RX-Z anak, tapi memang tak kekok! 03

"Saya tidak kisah dengan cakap orang sekeliling dan sebenarnya tidak menyangka videonya menunggang motosikal akan tular dan mendapat perhatian ramai. Saya memang suka motosikal yang 'pick up' dan tidak kekok menunggang. Alhamdulillah, setakat ini tiada komen yang teruk, yang positif lebih banyak daripada negatif," kata ibu kepada empat anak itu.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda