window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus?

Zamil Syaheer ยท Sep 16, 2021 02:00 PM

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 01

Bayangkan anda sedang mencari tempat untuk memarkir kereta anda di pusat membeli-belah dan apabila anda akhirnya menemui ruang yang tidak ada Kancil / Kelisa / Viva yang tersembunyi, apa yang akan anda lakukan? Adakah anda akan parkir terus, atau undur?

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 02

Selalunya, rakyat Malaysia akan memilih untuk parkir undur berbanding masuk terus. Terdapat beberapa kebaikan dan keburukan untuk kedua-dua cara parkir kereta yang telah kita bahas sebelumnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Parkir masuk terus vs parkir undur – mana lagi bagus? Cara mana patut anda ikut?

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 01

Contoh tempat letak kereta di Singapura.

Namun, negara Malaysia tidak bersendirian dalam kaedah parkir undur. Kaedah ini diterima secara meluas di kebanyakan negara Asia dan di beberapa negara seperti Jepun, Hong Kong, dan Singapura.

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 02

Contoh tempat letak kereta di Australia.

Sementara itu, di Barat, pemandu di Eropah dan Amerika Syarikat (Australia) lebih suka parkir terus. Kaedah parkir undur amat jarang sekali digunapakai. Mengapa terdapat perbezaan besar antara kedua-dua hemisfera?

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 03

Negara Jepun dan Singapura tidak mempunyai undang-undang khusus mengenai bagaimana kenderaan harus diparkir di sana. Sebenarnya, alasan mengapa pemandu di negara-negara ini lebih suka tempat letak kenderaan terbalik lebih kepada kemudahan dan kepadatan penduduk.

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 04

Kelebihan pertama parkir undur adalah ia lebih efisyen dan juga mudah untuk dikendalikan di tempat yang sempit. Tambahan pula, parkir undur lebih selamat kerana pemandu mengundur ke ruang kosong dan bukannya ketika trafik sedang bergerak.

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 05

Selain itu, kebolehan bergerak di dalam ruang parkir juga mempengaruhi pilihan pemandu sama ada untuk parkir secara terus ataupun undur. Oleh kerana ruang sangat terhad, sebahagian besar ruang parkir direka untuk parkir undur dengan sengaja, demi menjimatkan ruang di tempat letak kereta.

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 06

Contoh tempat letak kereta di Hong Kong.

Antara sebab lain adalah negara seperti Jepun, Hong Kong, dan Singapura adalah antara negara yang tertinggi di dunia dari segi kepadatan penduduk. Oleh kerana itu, keperluan ruang cukup tinggi tetapi terhad. Agak menarik untuk melihat fenomena ini merebak ke kebanyakan bandar besar di Asia seperti Kuala Lumpur dan Seoul walaupun parkir undur tidak diterima secara universal.

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 07

Contoh tempat letak kereta pasar raya di UK.

Sementara itu, di Eropah, Amerika, dan Australia, negara-negara ini mempunyai kepadatan penduduk yang lebih rendah. Pasar raya menawarkan banyak tempat letak kereta di sana, dan tak banyak yang keluar membeli barang runcit. Selain itu, pasar raya dan pusat membeli-belah terletak agak jauh dari bandar, jadi, selalunya, parkir terus lebih digemari.

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 08

Bercakap tentang membeli-belah, kebiasaannya mereka akan pergi setiap dua minggu ataupun sebulan sekali. Parkir terus lebih mudah untuk meletak pembelian mereka di but belakang.

Juga baca: Tular: Anjing bijak bantu pemandu parkir kereta, apa guna 'reverse camera'?

Mengapa pemandu Asia suka parkir undur, tapi orang Amerika pilih untuk masuk terus? 09

Itulah dia tuan-tuan dan puan-puan, sebab utama kenapa parkir undur lebih digunapakai di negara Asia adalah kerana kepadatan penduduk. Berbanding dengan negara Barat, pasar raya dan kemudahan lain di negara Asia selalunya terletak di tengah-tengah pusat bandar.

Walaupun terdapat pelbagai alat bantuan untuk meletakkan kenderaan, sama ada kamera, sensor, atau parkir automatik, anda perlu sentiasa berjaga-jaga tidak kira dengan cara mana pun anda memilih untuk memarkir kereta masing-masing.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda