window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’

Haris · Nov 13, 2021 04:00 PM

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 01

Bas sekolah mungkin pernah menjadi salah satu kenangan ketika kita membesar. Ketika zaman yang ringkas itu, kita juga tidak begitu mengambil peduli mengenai jenama van sekolah kita. Mengimbas kembali ke masa itu, antara pilihan kenderaan yang menjadi bas sekolah terdiri daripada Toyota Hiace dan Ford Econovan. Kalau kita tahu tentang prestij Mercedes-Benz yang turut pernah menjadi bas sekolah pada zaman dahulu (walaupun jarang dilihat), tentu kita sudah jalan berkepak turun bas sekolah masuk ke kelas.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 02

Pernah digunakan sebagai bas sekolah

Ketika itu juga, menaiki bas Mercedes-Benz adalah perkara biasa - sama ada bas mini merah jambu atau bas antara negeri yang lebih besar. Namun, pernahkah anda mendengar tentang van Mercedes-Benz yang dijual di Malaysia pada waktu itu? Ya, Mercedes-Benz MB140 pernah dijual di Malaysia, berharga RM 140,000 serba baharu pada awal tahun 2000-an yang jauh lebih mahal daripada pesaing Jepun lain.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun terdapat bintang 3 bucu Mercedes-Benz yang popular tersemat pada bahagian gril, Mercedes-Benz MB140 berasal dari Korea di mana ia dijual sebagai Ssangyong Istana. Ya, anda tak salah baca, jenama asing menggunakan perkataan dalam Bahasa Malaysia sebagai nama untuk salah satu model mereka.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 01

Mewah bukanlah perkataan terbaik untuk menggambarkan van tersebut walaupun ia mempunyai bintang tiga penjuru yang selalu dikaitkan kerana Ssangyong Istana / Mercedes-Benz MB140 masih merupakan sebuah van komersial walaupun bernama 'Istana'.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 02

Bagi kebanyakan pelajar sekolah Korea, Istana mungkin juga sebuah istana beroda kerana ia merupakan sebuah van sekolah yang popular pada masa itu. Menurut laporan media Korea Selatan, Ssangyong Istana mempunyai nilai jualan semula yang lebih baik dalam pasaran kereta terpakai berbanding pesaingnya, Hyundai Grace dan Kia Pregio.

Baca: Hyundai Staria Kinder 2021 - bas sekolah ‘futuristik’, boleh ganti Toyota Hiace dan Mercedes-Benz lama?

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 03

Justeru, apa yang membawa kepada persefahaman antara Mercedes-Benz dengan Ssangyong sehingga terpaksa meminjam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka?

Bekerjasama atas dasar keperluan

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 04

Dong-A Aerobus

Ssangyong Motors pada awalnya bermula sebagai Ha Dong-hwan Motor dan kebanyakan daripada kenderaan pengeluarannya tertumpu kepada kenderaan komersial seperti trak dan bas. Selepas diambil alih oleh konglomerat Ssangyong Group, syarikat itu ditukarkan kepada nama induk dan mula mengeluarkan model SUV.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 05

Korando (atas). Korando Family (bawah)

Model pertama syarikat itu ialah Ssangyong Korando, rebadge daripada Jeep CJ-7 tetapi dikuasakan oleh enjin Isuzu. Ssangyong kemudiannya meneruskan perkongsian dan usahasama dengan Isuzu dengan menghasilkan Korando versi Trooper yang diberi nama semula yang dipanggil Ssangyong  Korando Family.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 06

Ssangyong merupakan pengedar Renault di Korea sebelum Samsung

Selain Isuzu, Ssangyong juga kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan jenama Renault dan Volvo untuk mengimport dan juga memasang beberapa model mereka. Walau bagaimanapun, jualan tidak begitu laris dan rancangan pemasangan tersebut gagal menjadi kenyataan.

Tetapi kedua-dua usahasama yang gagal itu hanya membuka satu lagi peluang, kali ini daripada salah satu jenama yang paling dikenali sepanjang zaman. Pada tahun 1991, Ssangyong dan Daimler-Benz membentuk kerjasama teknologi yang menyaksikan rakyat Korea memberi sumbangan dalam membangunkan SUV pertama Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 07

Nama yang dipilih bukanlah M-Class, sebaliknya Ssangyong Musso. Malah, Ssangyong Musso terkenal dengan lambang bintang tiga penjuru yang diletakkan pada pintu but belakang - bagi model yang dijual di Malaysia. Di beberapa pasaran seperti Thailand dan Filipina, Musso juga dijual sebagai Mercedes-Benz.

Van Merc-Ssangyong, ke mana visinya?

Ssangyong menerima lebih banyak kelebihan dalam kerjasama ini; dibenarkan menggunakan enjin dan platform Mercedes-Benz pada model mereka. Selain Ssangyong Musso, model lain yang dihasilkan semasa kerjasama ini ialah Ssangyong Istana.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 08

Mercedes-Benz MB100 pasaran Eropah

Projek itu dimulakan pada tahun 1991 sebagai projek Kenderaan Komersial Ringan (Light Commercial Vehicle). Lebih KRW 250 bilion (RM 890 juta) telah dibelanjakan untuk membangunkan van moden Ssangyong tersebut. Reka bentuk itu pada asasnya telah disemak semula daripada Mercedes-Benz MB100 sahaja dari Eropah, memberikan reka bentuk yang lebih moden.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 09

Ssangyong Istana dilancarkan di Korea pada tahun 1995 dan nama itu dipilih kerana Ssangyong mahu van itu "memberikan rasa selesa dan selamat, seperti istana di atas roda". Lebih aneh lagi, pasukan pemasaran Ssangyong memasarkan van tersebut cenderung kepada tema Timur Tengah/Turki, walaupun nama itu berasal dari Asia Tenggara.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 10

Enjin OM662 diesel

Pada bahagian trenkuasa, Ssangyong Istana dikuasakan oleh enjin 5-silinder sebaris 2.9 liter OM662 diesel yang menghasilkan 95 PS atau enjin 4-silinder sebaris 2.3 liter OM661 diesel yang menghasilkan 79 PS. Kedua-dua enjin dipasangkan dengan transmisi manual 5-kelajuan yang memacu roda hadapan.

Van memanjang jika dibuka lebih dalam

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 11

Ada satu aspek yang menjadikan Istana begitu unik berbanding pesaingnya. Walaupun kelihatan seperti van cab-over konvensional, ia dipacu oleh roda depan. Bukan itu sahaja, pacuan trenkuasa juga disusun secara memanjang berbanding dengan susunan mendatar yang lebih biasa.

Kesan daripada susun atur ini, enjin boeh diakses untuk penyelenggaraan tetap dengan lebih mudah berbanding model pesaing dengan cara membuka hud depan, bukannya mengangkat tempat duduk. Ia juga lebih selamat berbanding model pesaing dengan bahan struktur penyerap hentakan diletakkan di antara rangka keluli van dengan bampar.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 12

Lebih penting lagi, dengan menggerakkan trenkuasa ke bahagian depan, Ssangyong Istana mempunyai ruang dalaman yang terbaik dalam kelasnya. Dengan konfigurasi tempat duduk yang mampu memuatkan sehingga 15 penumpang, Ssangyong Istana berjaya menarik pembeli terutamanya dalam kalangan pengusaha bas komersil dan bas mini di Korea Selatan.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 13

Ssangyong Istana juga dieksport ke luar negara, kebanyakannya di pasaran Asia-Pasifik di mana ia akan dijual sebagai Mercedes-Benz. Nama Ssangyong Istana hanya dijual di Korea dan turut di-rebadge sebagai Daewoo selepas Ssangyong dibeli oleh chaebol Korea tersebut.

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 14

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ssangyong Istana pula terselamat daripada kejatuhan Daewoo pada akhir 1990-an dan diteruskan sebagai Sssangyong sehingga tahun 2004 apabila model itu tidak dapat memenuhi regulasi pelepasan karbon baharu. Ia kekal di China sebagai Maxus Istana selepas SAIC Motor menjadi pemilik baharu Ssangyong.

Baca: Legenda kereta Korea di Malaysia – Kia Sephia, Spectra, Forte & Cerato, mana paling digemari?

Mercedes-Benz dan Ssangyong pernah kerjasama hasilkan van bernama ‘Istana’ 15

Istana tidak mempunyai pengganti sebenar walaupun ramai yang mungkin menganggap Mercedes-Benz Vito sebagai 'pengganti' kerana Istana juga dijual dengan lambang bintang tiga penjuru. Istana kekal sebagai van komersial yang unik dengan susun atur pemanduan yang luar biasa (untuk van cabover) dan masih sangat dicari di Korea.

Baca: Bukan pesaing Mercedes-Benz Vito, HSDM berkata tiada pelan untuk Hyundai Staria 11-tempat duduk

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda