window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi!

Zamil Syaheer · Jun 28, 2021 08:00 PM

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 01

Sedar tak bahawa kita sudahpun berada di pertengahan tahun 2021? Disebabkan pandemik Covid-19, banyak benda yang tidak menjadi atau terpaksa ditunda, termasuklah pelancaran kereta baru di pasaran.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 02

Walaupun kita masih lagi dalam PKP, banyak pengeluar kenderaan yang melancarkan model terbaru di pasaran pada awal 2021, dari Toyota Corolla Cross hingga Isuzu D-Max yang baru. Sekarang, masih ada baki 6 bulan lagi sebelum tahun 2021 berakhir.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tanpa membuang masa, ini adalah beberapa kereta yang kami rasa akan dilancarkan pada suku ke-2 tahun ini.

Honda - City Hatchback / Odyssey 'facelift' 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 01

City Hatchback di Indonesia.

Seperti anda sedia maklum, nama Honda Jazz itu akan digantikan dengan Honda City Hatchback. Pada awalnya, ramai yang tidak setuju dengan keputusan Honda, tetapi angka jualan City Hatchback di negera lain begitu kencang.

Juga baca: Lebih laris, Honda City Hatchback di Indonesia terjual 2x ganda Honda Jazz!

Buat masa kini, kilang Honda di Pegoh, Melaka sedang menyediakan alatan dan juga mesin yang diperlukan untuk memasang City Hatchback.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 02

Enjin 1.5 liter pada City Hatchback di Indonesia.

Kita boleh menjangkakan City Hatchback akan menggunakan kombinasi enjin 1.5 liter/CVT yang sama dengan sedan dengan varian hibrid e:HEV.

Juga baca: Rebiu: Memandu Honda City RS 2020 dengan enjin i-MMD pertama dunia di Malaysia

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 03

Selain City Hatchback, Odyssey 'facelift' yang dilancarkan di Singapura dan Indonesia awal tahun ini juga dijangka tiba pada tahun 2021. Jangan risau, masih ada beberapa stok yang tersedia walaupun MPV ini bakal dihentikan jualannya di Jepun.

Hyundai – Kona N-Line / Palisade 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 04

Walaupun Hyundai Kona 'facelift' dilancarkan pada bulan April lepas, ada satu varian yang tiba-tiba hilang dari barisan Kona, dan ia adalah 1.6 liter dengan pengecas turbo. Sekarang, kami tahu bahawa varian itu akan digantikan dengan varian N-Line yang akan datang.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 05

Kona N-Line menghasilkan 168 PS/265 Nm dan dipadankan dengan transmisi dwi-klac 7-kelajuan. Jika anda rasa ragu-ragu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) sendiri yang mengesahkan pengenalan Kona N-Line di Malaysia melalui video acah di laman sosial mereka.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 06

SUV lain yang dapat dilancarkan HSDM pada tahun 2021 adalah Hyundai Palisade yang sudahpun dijual di Indonesia dan Singapura.

Berdasarkan laporan kami sebelumnya, SUV yang besar ini juga akan dijana dengan enjin sesuai dengan imejnya, iaitu enjin 3.8 liter V6 aspirasi natural yang menghasilkan 291 PS/355 Nm.

Juga baca: SPYSHOT: Hyundai Palisade & Genesis GV80 2021 di Malaysia tanpa sebarang samaran!

Mazda – BT-50 / CX-3 2021 yang dikemas kini

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 07

Dibangunkan dengan kerjasama Isuzu dan bukan Ford, Mazda BT-50 yang baru ini seharusnya dilancarkan pada Q1 2021. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak berlaku, tetapi menurut laporan pelaburan RHB baru-baru ini, ia dijangka tiba tahun ini juga.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 08

Laporan yang sama juga menyebut pelancaran Mazda CX-3 dengan beberapa penambahan kelengkapan. Tiada 'facelift' mahupun model serba baru, sebaliknya, crossover terkecil Mazda ini bakal mendapat kemas kini kedua tahun ini dalam bentuk pengecas tanpa wayar.

Kemas kini pertama yang diperkenalkan pada bulan Mac menambah sistem bantuan pemandu ADAS serta sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Mercedes-Benz – E-Class facelift (W213) / A-Class Sedan / GLA / GLE CKD 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 09

W213 'facelift' untuk pasaran Thailand.

Pelancaran E-Class 'facelift' di Malaysia sudah lama dinantikan sejak kami terjumpa model ini diatas treler akhir tahun lalu. Sejak itu, W213 'facelift' telah dilancarkan di beberapa negara di rantau ini termasuk Thailand dan Vietnam.

Juga baca: Mercedes-Benz E-Class W213 facelift 2021 – pelancaran di Thailand bulan ini, Malaysia seterusnya?

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 10

Tambahan pula, Mercedes-Benz Malaysia juga telah menyatakan hasratnya untuk "memperluaskan model CKD bagi model tambahan dalam segmen kereta kompak dan SUV tahun ini."

Juga baca: SST 0% - Mercedes-Benz bakal lancar 3 model baru selepas Merc GLE 2021 CKD!

Walaupun tidak ada model khusus yang diungkapkan, kami yakin model tersebut adalah A-Class serta GLA dan GLE SUV kerana GLC sudahpun menjadi model CKD.

Peugeot – Peugeot 2008 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 11

Setelah menyelesaikan perceraiannya secara rasmi dengan Naza, Peugeot kembali ke Malaysia di bawah pengedar baru iaitu Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB).Salah satu model yang dijangka tiba di sini pada tahun 2021 adalah Peugeot 2008.

Juga baca: Peugeot, Citroen dan DS sah bernaung di bawah Bermaz, Malaysia jadi hub eksport serantau!

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 12

Bagaimana pula dengan Peugeot 508? Walaupun 508 telah terlihat di seluruh negara (biasanya sekali dengan Citroen DS3 Crossback), model itu mungkin hanya digunakan untuk tujuan latihan atau ujian. Ini kerana ia adalah unit pandu kiri dan mempunyai plat syarikat Peugeot.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 13

2008 untuk pasaran Vietnam.

Peugeot 2008 akan bersaing dengan Hyundai Kona dan Honda HR-V di pasaran SUV segmen B. Kita boleh mengharapkan 2008 pemasangan tempatan dikuasakan oleh enjin petrol 1.2 liter 3-silinder berpengecas turbo (155 PS / 240 Nm), dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Proton - Iriz facelift / Iriz Active / Persona facelift / X70 SE 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 14

Walaupun berlambak imej Persona dan Iriz facelift di internet, pelancarannya terpaksa ditunda lebih lanjut kerana PKP 3.0. Iriz dan Persona dijangka tiba tahun ini bersama dengan varian crossover Iriz yang akan dipanggil Iriz Active.

Juga baca: Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift?

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 15

Kedua-dua model segmen B ini akan menerima reka bentuk luaran dan dalaman yang baru tetapi transmisi CVT Punch yang “berlegenda” itu katanya akan dikekalkan, sekurang-kurangnya berdasarkan beberapa spesifikasi yang tertiris.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 16

Model Proton lain yang akan dilancarkan adalah X70 SE. Selain warna Ocean Blue serta roda 19 inci yang diambil dari Geely Boyue Pro, dan tempat duduk kulit Nappa hitam. Tiada perubahan pada trenkuasa.

Juga baca: Spyshot: Proton X70 Special Edition kini sah! Warna Ocean Blue, model naik taraf aksesori sahaja?

Suzuki - Jimny 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 17

Jenama yang terkenal dengan model kompak di Malaysia kini kembali dibawah Naza Eastern Motors. Setelah pelancaran Swift Sport, kami tidak sabar untuk melihat model yang akan dilancarkan seterusnya, iaitu Suzuki Jimny.

Juga baca: Suzuki Jimny 2021 - 1.5L NA je tapi terlajak laris, apa yang perlu anda tahu?

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 18

Jimny terbaru telah menjadi hit di seluruh dunia, sehinggakan harga untuk model terpakai lebih mahal daripada yang baru. Ini kerana Jimny mempunyai ramai peminat disebabkan penampilannya yang retro dan stailo.

Juga baca: Suzuki Jimny terpakai lebih mahal daripada unit baharu di Australia, Jepun & Indonesia!

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 19

Tapi, jangan harapkan harga Jimny serba baru ini murah. Pengedar kenderaan 'recond' menjualnya pada harga sekitar RM 160k, jadi kami jangkakan harganya berada dalam lingkungan yang sama.

Juga baca: Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia

Toyota – Camry facelift / GR 86 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 20

Berdasarkan mesyuarat korporat kepada para pemegang sahamnya, UMW Holdings Berhad telah menggariskan dua model Toyota yang akan dilancarkan pada suku keempat 2021. Secara tradisinya, ia akan dilancarkan antara bulan Oktober dan Disember.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 21

Antara model yang diperkatakan mungkin adalah Toyota Camry 'facelift', dengan beberapa perubahan di bahagian eksterior dan interior. Perubahan ketara mungkin skrin paparan infotainment gaya terapung yang lebih moden.

Juga baca: Toyota Camry 2021 dilancarkan di Jepun – gaya dan ciri keselamatan TSS yang lebih mantap!

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 22

Model kedua yang dinyatakan sebagai model GR mungkin adalah Toyota GR 86. Tidak seperti GR Yaris, model ini bukanlah pengeluaran terhad. Seperti dijangka, harganya juga bukanlah murah, namun ini akan memuaskan mereka yang menggelar diri mereka sebagai peminat kereta sebenar.

Volkswagen – Golf GTI Mk8 / Arteon facelift / T-Roc 2021

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 23

Sejak imej Golf GTI Mk8 dilihat tanpa sebarang penyamaran tahun lalu dengan pelekat pemasangan tempatan, nampaknya ramai yang sudah teruja untuk ketibaan GTI serba baru ini.

Namun begitu, tiada perkembangan lanjut tentang model Golf ini, dan kami juga tidak pasti samaada varian TSI juga akan dipasang di Malaysia.

Juga baca: VW Golf Mk8 bakal dilancarkan pada negara pandu kanan - Malaysia suku ke-2 2021!

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 24

Sekurang-kurangnya kita tahu bahawa Arteon 'facelift' dijangka tiba tidak lama lagi. Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah membuka tempahan untuk Arteon R-Line 4Motion yang dipasang tempatan dengan harga yang dianggarkan antara RM 245,000 dan RM 255,000.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 25

Adakah ini akan menjadi kenyataan?

Namun, kami juga melihat sesuatu yang menarik dalam pengumuman tempahan Arteon. Walaupun perkara ini tidak disahkan, Volkswagen T-Roc mungkin akan dilancarkan di Malaysia.

Crossover subkompak ini akan menjadi saingan hebat bagi Proton X50 dan Honda HR-V, tetapi dalam pasaran yang sensitif dengan harga, ini mungkin tidak akan terjadi.

Lain-lain – Chery Tiggo 5x / GAC Trumpchi GS3 Power / GWM / Haval / Ora / MG 2021 

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 26

Jenama-jenama dari China ini banyak sudah memasuki Malaysia untuk ujian atau penilaian, baik dengan penyamaran ataupun tidak ada di seluruh pelusuk Malaysia.

Namun, dengan PKP 3.0 dan juga tiada sebarang pengumuman daripada pengedar masing-masing, rasanya pelancaran model-model ini akan ditunda ke tahun depan.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 27

Walaupun pengarah urusan MG Thailand mengatakan bahawa jenama itu dapat tiba di Malaysia pada tahun 2021, sejak itu tidak ada apa-apa pengumuman lanjut. Malah MG Berjaya, pengedar tempatan jenama tersebut pun senyap sahaja sepanjang tahun 2021.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 28

Jenama-jenama lain yang mengalami nasib yang sama termasuklah GWM, Haval, dan Ora. Selain daripada imej intipan yang kami kongsikan beberapa bulan yang lalu, semuanya diam membisu sahaja.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 29

Tiggo 5x (Atas) dan GS3 Power (Bawah)

Kemudian, kita ada Chery Tiggo 5x dan GAC Trumpchi GS3 Power. Kedua-dua model itu pasti menimbulkan rasa ingin tahu rakyat Malaysia apabila unit ujian dengan penyamaran mula muncul di jalan raya Malaysia.

Malangnya, seperti jenama-jenama China lain yang diam sepi belaka, kami tidak dapat memastikan sama ada Chery akan kembali ke Malaysia, mahupun pengenalan jenama GAC di sini.

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi! 30

Sebelum anda teruja dengan rangkaian model-model yang dijangka tiba di Malaysia, ingatlah bahawa kebanyakan model ini hanyalah ramalan dan spekulasi. Kereta mana satukah yang anda teruja dengan kedatangan mereka di sini?

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda