window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift?

Haris · Jun 12, 2021 04:00 PM

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 01

Tujuh tahun lamanya selepas Proton Iriz mula dijual di Malaysia. Selama bertahun-tahun, Proton Iriz memperoleh banyak peningkatan dan naik taraf yang baik termasuklah bahagian luar yang diperbaharui.

Melihat kepada situasi Perodua Myvi yang dijaduaklan untuk model facelift sekitar akhir tahun ini, apa yang perlu ditangani oleh Proton Iriz agar dapat terus bersaing dengan Perodua Myvi?

Di sini kita bincangkan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Transmisi Punch CVT

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 01

Perkara yang paling utama tentunya - transmisi automatik jenis CVT yang dibekal oleh Punch.

Kita tidak mengatakan bahawa transmisi CVT itu teruk, hanya gandingan Punch dan Proton ini seolah-olah satu resipi yang gagal. Tidak cukup dengan itu, gandingan ini tetap diteruskan walaupun mendapat kritikan pelbagai pihak kerana perjanjian bekalan sudah ditandatangani. 

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 02

Karakter CVT pada Proton Iriz terasa lengah kuasa yang menyebabkan nisbah gear-kelajuan kurang ideal. Bukan itu sahaja, kadar penggunaan minyak juga agak tinggi.

Transmisi automatik 4-kelajuan (4AT) yang digunakan pada Proton Saga terkini disambut baik oleh ramai pihak justeru ia adalah pilihan utama untuk menggantikan Punch CVT ini. Namun, Proton mungkin akan berfikir sebaliknya. 

Tiada Android Auto atau Apple CarPlay?

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 03

Proton Iriz menerima sejumlah kemaskini headunit selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah sekalipun menerima sokongan untuk Android Auto dan Apple CarPlay.

Terkini, Proton hanya menggunakan sistem infotainment dengan ciri arahan suara yang canggih namun ini bukan sesuatu yang memuaskan.

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 04

Aplikasi yang digunakan berasal dari syarikat China - pemain muzik Joox, navigasi Baidu. Maaf cakap, kedua-keduanya kurang mesra pengguna jika dibandingkan dengan Spotify / Apple Music dan Google Maps / Waze. 

Fungsi paparan cerminan telefon juga tidak mesra, ia sekadar mencerminkan telefon anda dengan orientasi paparan mengikut posisi telefon pintar.

Perlu sistem ADAS

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 05

6 beg udara adalah normal baharu

Ketika Proton Iriz dilancarkan pada tahun 2014, ia mempunyai beberapa ciri keselamatan yang mengagumkan. Antara ciri-ciri yang tidak pernah dilihat sebelum itu (tahun 2014) pada sebuah hatchback Malaysia adalah 6 beg udara dan kawalan kestabilan.

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 06

Perodua menawarkan FCW dan AEB pada varian Myvi terpilih

Tetapi kehadiran Perodua Myvi generasi ketiga D20N telah mengubah segala-galanya. Ia memperkenalkan ciri seperti Forward Collision Warning (FCW) dan Autonomous Emergency Braking (AEB) pada sebuah hatchback mampu milik, meningkatkan lagi saingan dalam pasaran tersebut.

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 07

ADAS Proton hanya ada pada model X

Sekiranya Proton ingin memintas Perodua Myvi, Proton Iriz yang dikemas kini harus dilengkapi dengan beberapa ciri kelengkapan ADAS. Pada masa ini, tiada model Proton yang menawarkan ciri ADAS; hanya model berasaskan Geely yang memilikinya.

Lampu depan LED

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 08

Sebagai tambahan kepada suite ADAS yang disebutkan di atas, Perodua Myvi juga memperkenalkan lampu hadapan LED untuk keseluruhan varian. Mengagumkan kerana mengikut sejarah, Myvi tidak pernah mencuba untuk memperkenalkan ciri baru dalam pasaran.

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 09

Lampu projektor

Untuk Proton Iriz, Proton melakukan langkah yang terkebelakang kerana lampu depan model lama adalah projektor halogen dan menggantikannya dengan unit halogen reflektor yang lebih rendah.

Walaupun lampu depan reflektor yang lebih murah dan berfungsi dengan baik, tidak dapat dinafikan bahawa lampu LED menawarkan lebih banyak faktor wow gituh.

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 10

Halogen reflektor

Persoalannya, adakah naik taraf kepada lampu LED akan diterjemahkan kepada kos pembelian? Proton melakukan tugas yang baik untuk Proton Saga - varian dikecilkan dan harga dikemaskini bawah RM 40k. Jika Proton Iriz mampu berbuat demikian, tentu ia akan menjadi faktor utama.

Konklusi

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 11

Proton Iriz adalah hatchback kecil yang sangat bagus dari Proton, namun ia dicemari dengan sistem infotainment dengan ciri separa masak, transmisi automatik CVT dan kekurangan ciri-ciri moden seperti lampu LED dan sistem ADAS.

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 12

Dari atas mengikut arah jam: Iriz 1.6 Premium MT (jarang ditemui), Iriz 1.6 Premium CVT, dan Iriz 1.3 MT Executive

Setelah memandu uji beberapa varian Iriz yang berbeza selama bertahun-tahun (dari Manual Eksekutif 1.3 hingga Manual Premium 1.6), kami menghargai kawalan dan pengendalian yang lebih mantap berbanding Myvi. Ini adalah satu-satunya aspek yang jauh lebih baik dari Myvi dan patut diketengahkan dengan menangani kekurangan yang disebutkan di atas.

Bacaan Lanjut:

Bagaimana Proton Iriz masih dijual selepas 7 tahun dan kekal relevan di Malaysia?

Spyshot: Papan pemuka Proton Iriz Active, tema merah luar dan dalam?

Spyshot: Imej Proton Iriz Active tertiris, tiada Ethereal Bow, akhirnya dengan logo Proton baru?

Jauh ketinggalan, Proton Iriz facelift perlu tangani aspek ini untuk hadapi Myvi facelift? 13

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Proton Iriz 1.3 Standard CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda