window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan - hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS!

Haris · Nov 25, 2022 11:59 AM

Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan - hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS! 01

Edaran Modenas Sdn Bhd, anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan model edisi terhad iaitu Modenas Ninja 250 Öhlins.

Model ini didatangkan dengan sistem suspensi Öhlins baharu dan tidak menerima sebarang perubahan lain dari aspek mekanikal mahupun kosmetik.

Padanan baharu ini hanya diperkenalkan buat varian Modenas Ninja 250 tanpa ABS dan terhad kepada 180 unit sahaja pada harga berikut (tanpa insurans dan cukai jalan):

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • Modenas Ninja 250 Öhlins Edition - RM 20,500.00

Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan - hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS! 01

Penghantaran akan dibuat secara berperingkat dan akan tersedia untuk jualan di semua rangkaian pengedar sah Kawasaki seperti yang disenaraikan di laman sesawang rasmi syarikat.

Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan - hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS! 02

“Model ini dipasang siap dengan suspensi belakang Öhlins jenis KA 744, STX 36 Supersport boleh laras yang turut menerima jaminan waranti penuh dari pengilang. Dengan padanan baharu ini, motosikal akan lebih stabil terutamanya ketika memasuki selekoh.

"Walaupun penunggang memulas pendikit minyak atau brek mengejut semasa selekoh di kawasan yang tidak rata, motosikal itu tetap stabil. Lebih-lebih lagi, ia akan menjadi satu kelainan dalam segmennya.” kata Roslan Roskan Ketua
Pegawai Eksekutif MODENAS.

Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan - hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS! 03

Suspensi biasa pada model standard

Öhlins merupakan salah satu jenama terkemuka dalam menghasilkan teknologi suspensi untuk sukan permotoran, dan ia turut memperkenalkan sistem yang sama bagi kegunaan motosikal kelas pertengahan yang dapat mengekalkan kuasa serta lebih kawalan semasa tunggangan.

Modenas Ninja 250 Ohlins Edisi Terhad dilancarkan - hanya 180 unit, dari RM 20k, non ABS! 04

Modenas Ninja 250 kini dipadankan dengan penyerap hentakan berketepatan tinggi dan rendah geseran yang akan memberikan keselesaan serta pengalaman menunggang yang hebat.

Hanya satu warna yang ditawarkan iaitu Metallic Carbon Gray dengan waranti dari pengilang selama 2 tahun atau 20,000km (mana-mana datang dahulu).

Baca: Tunggang uji Modenas Ninja 250 ABS: Prestasi, kualiti kekal mantap, lagi berbaloi?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda