window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k!

Khairil ยท Mar 10, 2023 10:00 AM

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 01

Tepat seperti jangkaan, syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd atau Modenas, hari ini secara rasmi melancarkan motosikal 'Sports Cruiser' terbaharunya, Modenas Vulcan S ABS (2023)

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 02

Kepada yang mungkin merasa pelik dan tak tahu mengapa Vulcan S, nama yang sinonim dengan Kawasaki namun menggunakan lencana Modenas, ia adalah berikutan kerjasama strategik yang dijalankan kedua-dua syarikat berkenaan di Malaysia ketika ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 01

Dikatakan bakal memberikan impak yang hebat, Modenas Vulcan S ABS (2023) didatangkan dengan dua warna dan harga (asas) berbeza seperti berikut: 

  • Metallic Flat Spark Black - Harga: RM 36,500
  • Pearl Matte Sage Green - Harga: RM 37,200 

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 02

Pearl Matte Sage Green

Di bahagian trenkuasa, Modenas Vulcan S ABS (2023) dipadankan dengan enjin bersesaran 649 cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 03

Metallic Flat Spark Black

Kuasa yang dihasilkan adalah pada angka 59.9 Hp pada 7,500 rpm tork 62.4 Nm pada 6,600 rpm. 

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 04

Menurut Modenas, dengan kuasa tork yang tinggi, Modenas Vulcan S ABS (2023) berupaya memberikan pengalaman tunggangan yang berkuasa tidak kira untuk perjalanan ulang-alik harian ke tempat kerja atau menikmati perjalanan jelajah.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 05

Seperti model Kawasaki lain, Vulcan S turut dibina dengan teknologi 'Ergo Fit' yang memberikan keselesaan kepada penunggang di mana bar pemegang, tempat duduk dan tempat letak kaki datang dengan tiga posisi berbeza.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 06

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik konvensional (depan) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan menggunakan cakera tunggal 272 mm (depan) dan 216 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 07

Ciri-ciri menarik lain adalah seperti lampu depan berbentuk segi tiga terbalik yang moden dan sporty, panel meter gabungan analog dan digital LCD dan penggunaan lampu utama LED berwarna biru.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 08

Sekalipun Vulcan S mempunyai berat 229 kg yang agak besar, Modenas mendakwa ia mudah dikendalikan dan sangat selesa semasa menunggang, terasa ringan dan mudah membuat pusingan terutama dengan ketinggian pelana 705 mm.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata Vulcan S adalah salah satu model yang sudah lama dinantikan oleh peminatnya di pasaran tempatan.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 09

"Ia adalah motosikal yang versetail, boleh ditunggang tidak kira mengikut peringkat umur, saiz badan. Kami juga mengalu-alukan penunggang lama dan baharu ke segmen ini tanpa menjejaskan poket mereka," katanya.

Modenas Vulcan S ABS (2023) terjah pasaran tempatan, 2 warna, harga bermula RM 36.5k! 10

Kepada yang berminat, Modenas berkata kedua-dua pilihan warna Modenas Vulcan S ABS (2023) akan mula tiba ke bilik pameran Kawasaki dan Modenas pada penghujung bulan ini (akan diumumkan kelak).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda