window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut!

Khairil Β· Oct 25, 2021 09:00 AM

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 01

Jaguh Yamaha, Fabio Quartararo dinobatkan juara dunia MotoGP 2021 susulan kemalangan yang menimpa pelumba Ducati, Francesco Bagnaia di GP Emilia-Romagna yang turut menyaksikan pelumba Honda, Marc Marquez memenangi perlumbaan ketiganya musim ini.

Sekalipun tidak menaiki podium dan sekadar menamatkan perlumbaan di tangga keempat, kemalangan yang menimpa pencabar terdekatnya, Bagnaia menutup peluang pelumba Itali itu untuk mencabar kejuaraan.

Juga baca: Yamaha, Quartararo 'mengganas' di GP British, Aprilia raih podium sulung musim 2021!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 01

Berbaki dua pusingan perlumbaan musim ini, Quartararo dari Perancis mengumpul keseluruhan 267 mata diikuti Bagnaia 202 mata.

Selain mengesahkan kejuaraan dunia milik Quartararo, kemalangan yang menimpa Bagnaia yang sedang memimpim perlumbaan menyaksikan pelumba Sepanyol, Marquez menjulang kemenangan kedua berturut-turut pada musim ini.

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 02

Keputusan turut memberikan pasukan Honda kemenangan 1 dan 2 selepas seorang lagi pelumbanya, Pol Espargaro menamatkan saingan di tangga kedua dan melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba Itali, Enea Bastianini dari Avintia Ducati.

Bagi Quartararo, kejuaraan dunia di Misano bagaikan suatu mimpi buatnya selepas berdepan kesukaran memulakan perlumbaan di petak ke-15.

Juga baca: MotoGP: Honda, Marquez kekal mahkota 'King of COTA'

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 03

"Untuk menjadi juara dunia di MotoGP adalah sesuatu yang saya tidak pernah jangkakan, tetapi perasaannya menakjubkan. Ketika ini saya merasa seperti dalam mimpi," kata Quartararo.

Juga baca: MotoGP: 'Pasukan negara' di MotoGP 2022 dikenali WithU Yamaha RNF MotoGP Team, Binder sertai Dovizioso!

Marquez dalam pada itu mengakui kemenangan yang diraih di Misani sebagai 'mustahak'.

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 04

Marquez (kiri) meraikan kejayaan bersama Quartararo

"Saya amat gembira pada hari ini. Saya gembira kerana keputusan, gembira untuk pasukan Repsol Honda kerana kami menamatkan perlumbaan di kedudukan satu dan dua. Ia penting untuk keseluruhan staf HRC (Honda Racing) terutama kami menang di litar di sebelah kanan.

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 05

"Ini adalah salah satu sasaran saya dan saya berkata pada sidang media pada Khamis yang saya mahu menamatkan saingan di kedudukan podium di sini atau Portimao. Kami menang dalam perlumbaan yang amat pantas."

Juga baca: Valentino Rossi umum persaraan, gantung sut lumba MotoGP penghujung musim 2021!

Sementara itu, juara dunia sembilan kali dan legenda MotoGP Itali, Valentino Rossi menamatkan perlumbaan kedudukan ke-10 manakala rakan sepasukannya di Petronas Yamaha SRT, Andrea Dovizioso ke-13.

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 06

MotoGP: Quartararo noktah kejuaraan dunia 2021, Marquez raih kemenangan kedua berturut-turut! 07

Penghormatan yang diberikan kepada Rossi di Misano

Ia adalah perlumbaan penuh emosi buat Rossi dengan ia akan menjadi perlumbaan terakhirnya di MotoGP di depan penonton sendiri susulan keputusannya untuk bersara sejurus kempen musim 2021 berakhir.

Kedudukan keseluruhan kejuaraan dunia MotoGP 2021 (*10 terbaik)

  1. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) 267 mata 
  2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Team (GP21) 202 
  3. Joan Mir (SPA) Suzuki Ecstar (GSX-RR) 175 
  4. Johann Zarco (FRA) Pramac Ducati (GP21) 152 
  5. Jack Miller (AUS) Ducati Team (GP21) 149 
  6. Marc Marquez (SPA) Repsol Honda (RC213V) 142 
  7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) 136 
  8. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Gresini (RS-GP) 113 
  9. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Gresini (RS-GP) 106 
  10. Miguel Oliveira (POR) Red Bull KTM (RC16) 92 

Sumber imej: FB Monster Yamaha MotoGP, FB Marc Marquez, FB Petronas Yamaha SRT

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda