window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Nombor plat jadi aset, JPJ berjaya kutip RM 286 juta dalam 10 bulan!

Haris · Oct 25, 2022 11:00 AM

Nombor plat jadi aset, JPJ berjaya kutip RM 286 juta dalam 10 bulan! 01

Gambar hiasan

Jumlah perolehan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia hasil daripada bidaan nombor plat melalui laman web JPJeBid mencatatkan RM 286 juta dalam masa 10 bulan pertama tahun 2022.

Dalam satu laporan daripada Utusan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata laman JPJeBid kini menjadi pemudah cara antara pihaknya dengan pengguna dalam urusan pembelian nombor plat.

Nombor plat jadi aset, JPJ berjaya kutip RM 286 juta dalam 10 bulan! 02

Gambar hiasan

“Sehingga Oktober ini, sebanyak 124 siri nombor pendaftaran telah diperkenalkan melalui sistem e-bid dengan purata keuntungan sebanyak RM2.3 juta bagi setiap siri.

“Sistem ini menjadi pemudah cara buat pengguna untuk membida nombor-nombor yang disukai secara telus dan efektif.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Jika dahulu, orang Pulau Pinang tidak boleh bida nombor plat luar, tetapi sekarang boleh bida nombor mana-mana negeri termasuk Sarawak sekali pun secara dalam talian,” katanya.

Nombor plat jadi aset, JPJ berjaya kutip RM 286 juta dalam 10 bulan! 01

Gambar hiasan

Laporan itu juga turut merumuskan bahawa seramai 940,000 individu telah melayari JPJeBid dan diyakini akan terus meningkat susulan sistem yang mesra pengguna.

Nombor plat kini dilihat sebagai "aset" dan boleh dijual dengan keuntungan berlipat kali ganda kepada pelanggan yang meminati nombor tersebut.

Harga bidaan pada kebiasaannya akan mengikut kategori yang telah ditetapkan iaitu kategori nombor bernilai utama dengan nilai minima RM20,000, nombor menarik RM3,000, nombor popular RM800 dan nombor biasa bernilai RM300.

Baca: Tinjauan: Kenderaan milik T20 lebih cenderung langgar kesalahan 'tinted' gelap dan nombor plat 'fancy'

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda